Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

06 May 2009

Kursus Bahasa Arab di SMAD Kelana Petra Maamor




Tempat : Sek. Men. Agama Dato' Kelana Petra Maamor
Tarikh : 1-3 Mie 2009



السلام معليكم.... PAda 1-3 Mie yang lepas, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus Bahasa Arab di SMAD kelana Petra Maamor, Seremban. Pada program kali ini telah mencatat rekod tertinggi bilanagan pesertanya iaitu seramai 216 peserta yang terdiri dari tingkatan 3,5 dan 6. Namun begitu bilangan peserta yang terlalu ramai itu tidak membimbangkan kami kerana para peserta memberi kerjasama yang baik. Program berjalan dengan lancar walaupun keadaan dewan yang kurang selesa. Terima kasih diucapkan kepada warga SMAD Kelana Petra Maamor yang memberi layanan yang baik kepada kami sepanjang kami berada di sana. Kami berharap para peserta kursus akan mendapat "A" dalam Bahasa Arab. Semoga berjmpa lagi... Ilal Liqa'......

03 May 2009

Mukhayyam al-Lughotul al-A'robiah fi Sek. Men. Agama Persekutuan Labu

Tarikh: 24 April- 26 April 2009 Tempat: Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Assalammualaikum kepada semua umat Islam sekalian....... Kali ini KEMBAQ Maahad Ahmadi melaporkan aktiviti Mukhayyam al-Lughotul al-A'robiah di SMAP Labu, Negeri Sembilan. KEMBAQ pada kali ini berasa bertuah dan berbesar hati kerana telah dijemput untuk melakukan mukhayyam bahasa arab di sekoalah yang berstatus bintang ini yang rata-rata pelajarnya pandai dan cerdik-cerdik belaka. Ini telah menjadi satu batu loncatan bagi KEMBAQ untuk melangkah lebih jauh untuk mengembangkan bahasa al-Quran ini di seluruh Malaysia. Amin... Mukhayyam bermula bermula pada pukul 3.00 petang dengan "taa'ruf al-lughoh". selepas itu program di teruskan dengan riadah berkonsep yang menggunakan bahasa arab. Pada malam harinya, program di teruskan hingga jam 11.00 malam. Pelajar-pelajar di SMAP Labu sumgguh hebat kerana mereka mudah faham dengan apa yang telah kami ajarkan kepada mereka. Hrai ke-2 sahaja fael madhi, fael mudhori' naad manud serta mudof mudof ilai telah habis di ajar. Pada hari terakhir, mereka telah belajar musanna dan jama'. Tahniah kami ucapkan kepada pelajar-pelajar SMAP Labu.... Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMAP Labu kerana melayan kami dengan baik sekali semasa kami berada di sini. Komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru SMAP Labu yang turut hadir semasa program ini dijalankan telah memberi semangat kepada kami untuk melakukan yang terbaik kepada pelajar-pelajar SMAP Labu. Dan tidak lupa juga kepada semua pelajar-pelajar yang mengikuti program ini yang banyak memberi kerjasama serta menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program ini dijalankan. Kami harap semua pelajar-pelajar PMR SMAP Labu 2009 mendapat A dalam Bahsa Arab. Smoga berjumpa lagi....... Ilal liqa'........
















Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX