Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

23 February 2010

Jaulah ke Sinai v3


Kami teruskan pengembaraan kami ke Hawaii, suatu tempat yang bernama DAHAB, disini kami menjelajah lautan2 yang ada di Mesir. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengaturkan segala program2 dari mula sehingga akhirnya. Di Dahab kami telah melakukan aktiviti2 diantaranya ialah berkomunikasi dengan arab. Setiap kumpulan mestilah bercakap dengan mana2 arab sebanyak 3 orang arab dalam masa 3 minit keatas dengan dirakam oleh Fesilitator.


Setelah keletihan berbual dengan pak arab..


Baju-baju yang dijual dengan harga yang murah..



Tempat pelancongan yang kebanyakannya pelancongan akan datang adalah disini. Oleh kerana pemandangannya yang indah, bersebelahan pula dengan laut, maka tidak hairanlah pengunjung akan singgah sebentar (jalan-jalan cari makan) di gerai2 seafood yang berdekatan. Kelazatan dan kepuasan hati mesti akan menunggu anda, dengan makanan laut yang segar, hidangan yang banyak serta menyelerakan, harga yang berpatutan, membuatkan ikhwan teringin untuk mengunjungi semula restoran tersebut.



Ikan, udang, sotong yang segar sebelum diproses..



Seafood selepas diproses.. pueh hatikan???


Destinasi yang kedua terakhir kami, sebelum kami berangkat ke destinasi terakhir ialah blue hole. Disini kami berpeluang untuk melihat suatu lagi keindahan alam didasar laut. Dengan menggunakan peralatan keselamatan, kami dapat melihat landak laut, ikan2 yang berwarna-warni menyinari kami dan pelbagai lagi kehidupan laut ciptaan Allah s.w.t.



Tempat yang menjunam ini menampakkan kita sebuah kota ilad(Israel) .. kota ini suatu ketika dahulu pernah diserang oleh tentera Mesir sehingga kesemuanya mati kecuali sargent Mesir..



Destinasi kami yang terakhir adalah di Qala’h. Salehuddin al Ayubi merupakan pahlawan islam yang mashur, beliau adalah merupakan ketua perang pada zaman perang salib. Salehuddin al Ayubi telah pun membina suatu kubu yang strategik yang boleh menampakkan 3 buah Negara iaitu Israel, Mesir dan Arab Saudi. Kubu ini bolehlah dianggap sebuah pulau kecil yang terdiri didalamnya pelbagai kelengkapan.



Berada di puncak kubu salehuddin al ayubi bersama bendera Mesir..



Didasar kubu Salehuddin al Ayubi..



Sebelum pulang ke Qaherah, kami sempat bergambar di depan pintu gerbang kubu Salehuddin al Ayubi.. Kenangan yang manis ini memberi kami seribu erti dan pengajaran dengan kisah-kisah para2 Nabi dan Rasul serta sejarawan2 islam. Mereka adalah tunjang kepada tertegaknya agama Allah di muka bumi ini. Tanpa jasa mereka, kita tidak pasti islam akan berkembang atau pun sebaliknya.. Begitu juga dengan Nabi kita Muhammaf s.a.w yang telah mengembangkan dan menyempurnakan islam dengan dakwahnya dan pengorbanannya. tidaklah kita dianggap orang yang mengenang jasa sekiranya kita melupakannya. Jadi, sempena bulan Rabiul Awal ini, marilah kita bersama2 menanam lagi kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.

Ya Allah, di bulan yang mulia ini.. Terimalah amalan kami dan ampunkanlah dosa kami.. terimalah selawat kami dan persembahkanlah selawat kami yang kami hadiahkan kepada kekasihMU... Terimalah doa kami dengan keberkatannya Ya Allah.. Sesungguhnya Rasulullah tidak perlu kepada selawat kami kerana Baginda telah dijanjikan syurga, tetapi sebenarnya kami mengharapkan kembali moge dengan selawat tadi menandakan kecintaan kami kepadanya dan dengan sedikit kecintaan yang ada dalam hati ini Baginda dapat mensyafaatkan kami di akhirat nanti.. Akhir kalam, Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w.. Marhaban Ya Rasulallah..

(Apa yang kami paparkan hanyalah mengikut apa yang kami ketahui.. sekiranya ada percanggahan fakta, kami memohon seribu kemaafan dan segala kelemahan adalah daripada pihak kami... harap maklum..)

Wassalam..


Posted by : Muhammad Firdaus bin Abdul Hadi











Jaulah ke Sinai v2

Berikutnya kami akan memaparkan kepada ikhwan2 saat yang telah ditunggu2 iaitu perjalanan kami menaiki puncak sinai. Untuk pengetahuan ikhwan2 semua, gunung sinai bukanlah seperti gunung datuk atau gunung tampin yang seperti anda bayangkan, akan tetapi gunung sinai adalah satu-satunya gunung yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t kerana disitulah tempat nabi Allah Musa alaih salam beribadat dan bermunajat kepada Allah s.w.t selama 30 hari. Oleh kerana perjanjian baginda dengan umatnya akan pulang kepada umatnya selepas 30 hari, Allah s.w.t ingin menguji umat nabi Allah Musa alaihi salam dengan menurunkan wahyu kepada baginda dengan menambah waktu ibadahnya selama 10 hari lagi. Umat nabi Allah Musa alaihi salam telah menunggu ketibaan baginda untuk memasuki islam, namun baginda tidak pulang kepada umatnya. Akhirnya umat nabi Allah Musa alaihi salam tidak memasuki islam. Begitulah Allah s.w.t menguji umat baginda alaihi salam.


kami menaiki gunung sinai pada sebelah malamnya lebih kurang pukul 12.00 malam dan tiba di puncak pada pukul 3.30pagi. Keadaan di puncak sungguh mendinginkan kami semua dengan tiupan angin yang kencang menghantui kami.


Berehat di checkpoint terakhir sebelum menuju ke puncak..



Suasana pagi di puncak sinai..


Kami juga berpeluang untuk melihat Fajar Siddiq yang kelihatan kemerah-merahan di awan..



Jadi kita boleh lihat gambar diatas itu bukannya koop atau mata'm, tapi itu adalah gereja. Hah!! jangan terkejut, orang2 kristian pun turut sama mendaki kerana kepercayaan mereka terhadap Bani Israel yang merupakan umat nabi Allah Musa alaihi salam. kami juga dapat menunaikan kewajipan kami sebagai umat islam dengan berjaya melaksanakan solat subuh secara berjemaah walaupun berada dalam kesukaran untuk berwuduk. kami menunaikan solat di masjid bersebelahan dengan gereja diatas.


Amir wa Ali..



Subhanallah.. Keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.



Setelah mengerjakan solat subuh, kami menunggu terbitnya matahari ufuk timur.. dalam keadaan orang yang ramai, kami sempat bergambar untuk kami mempersembahkan kepada ikhwan2 di Malaysia terutamya kepada Maahad Ahmadi khasnya kepada Kembaq. Terbitnya matahari membuatkan kami taajub melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. dengan itu kami membaca Asma ul Husna beramai-ramai.


Lebih mengejutkan kami, setelah kami pandang akan ciptaan Allah.. Subhanallah!!! kami telah menjumpai perkataan الله di langit hasil daripada pembentukkan awan.. memang kejadian ini memberi kami suatu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan..



Kami bersyukur akhirnya jejak jua kaki ini ke puncak sinai..



Kepada ikhwan2 yang ingin merasa keseronokkan seperti yang kami alami ini, belajarlah dan kuasailah bahasa arab dengan baik. kepada yang pelajar2 lepasan SPM, janganlah keluar daripada Maahad Ahmadi, teruskanlah kepada STAM. Jumpe kami disini, Insyaallah..


_________________________________________________________________





















Buat ahli2 kembaq, terutamanya kepada Ayahanda dan Fesilitator.. Kami postkan Jaulah ke Sinai ini adalah untuk dipersembahkan kepada antum semua. Sebagai wadah untuk menambahkan semangat pelajar2 semua untuk ke Mesir dan sebagai wadah untuk kami menyampaikan sedikit ilmu yang kami perolehi dalam pengembaraan kami ke Sinai. Untuk itu, saksikanlah video ini :


Saksikanlah video ini untuk tantapan umum...


Bersambung..

22 February 2010

Jaulah ke Sinai v1


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Alhamdulillah... pertamanya marilah sama2 kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam.. dan alhamdulillah kita telah pun berada dalam bulan yang mana telah dimuliakan oleh Allah s.w.t iaitu bulan yang mana telah dilahirkan seorang permata cahaya, itulah junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w..

Pada beberapa hari yang lepas kami telah mengadakan jaulah ke sinai dan beberapa tempat yang lain seperti Dahab, Uyun Nabi Musa, Jabal Musa, Wadi Arbain, beberapa maqam para rasul yang terdahulu, kubu israel, kubu salehuddin al Ayubi dan beberapa tempat lagi yang menarik.. dalam kesempatan ini kami ingin berkongsi bersama-sama dengan ikhwan-ikhwan menyelami pengembaraan kami yang begitu menyeronokkan dan ternyata iainya sungguh mengangumkan.
Berjaulah sambil belajar daripada pengalaman..



Kami sempat bergambar sebelum ke destinasi seterusnya..


Izat dan Ali yang segak bergaya..


Ini adalah kubu israel ketika perang israel dengan mesir.. kubu ini dibina ketika suatu masa dahulu israel menawan semenanjung sinai dan untuk melindungi mereka daripada diketahui tentera Mesir.. Yang mengagumkan, kubu ini dibina dengan batu dan dilitupi dengan pasir2 sehingga kubu mereka kelihatan seperti padang pasir.. namun ketika itu, ulama Azhar bermimpi cara untuk menghancurkan mereka.. dengan itu, ulama tersebut mengarahkan kepada tentera Mesir untuk menyiram kawasan tersebut dengan air.. Akhirnya tentera israel melarikan diri dan kubu itu dihancurkan sendiri oleh tentera israel bagi mengelak diketahui taktik2 peperangan mereka..


Tulisan bahasa Israel laknatullahi alaih..



Ini dikatakan kitab Taurat.. Wallhu A'lam..



Teropong ini telah digunakan oleh tentera Israel untuk memantau pergerakan2 tentera Mesir di sekitar kawasan tersebut. Teropong ini mampu untuk melihat sejauh 200km tapi malangnya teropong ini yang sudah berusia puluhan tahun tidak lagi dapat berfungsi sepenuhnya, kami hanya mampu melihat kawasan yang terdekat sahaja.

Jika kita imbau sejarah yang lepas, para pedagang barat yang ingin berdagang ke Timur terpaksa melalui jalan yang jauh dan memakan masa yang agak lama.. tetapi suatu yang mengagumkan kita apabila terusan suez dibina oleh masyarakat arab suatu masa dahulu yang begitu luas sehinggakan pedagang tidak perlu lagi melalui jalan yang jauh.. Terusan Suez itu telah pun diusahakan oleh ramai masyarakat arab ketika itu sehingga ramai yang terkorban..


Ini adalah perigi atau dalam bahasa arabnya "بئر الساقية" ..



Kulit Album Nasyeed..
Ini adalah kawasan2 yang berdekatan dengan telaga berkenaan..




Ini adalah patung Lembu Samiri. Patung ini telah diukir oleh seorang kaum nabi Allah Musa alaihi salam yang bernama Samiri kerana hendak menghilangkan kepercayaan kaum umat nabi Allah Musa alaihi salam kepada baginda setelah baginda pulang dari tur sina. Ada pendapat lain yang mengatakan patung Lembu Samiri ini terbentuk hasil daripada pancaran matahari yang meleburkan batu2 tersebut.




X-Pert Sinai bersama lembuw Samiri..



Ini adalah Hamam Firaun, keajaipan yang ada disini ialah tempat ini mengeluarkan wap yang agak panas. Dengan bau sulfur yang menghangitkan hidung sesiapa yang memasukinya. Duduk beberapa lama didalamnya akan mengeluarkan cecair di badan kita yang melekit iaitu peluh. Hamam ini bukanlah berada hampir dengan Piramid Firauan yang berada di Giza, akan tetapi kita sedia maklum bahawa Firaun di Mesir terlampau banyak.



Dihadapan Hamam Firaun..
Yang ikhwan lihat diatas adalah maqam salah seorang nabi Allah s.w.t. iaitu nabi Harun alaihi salam. Nabi Allah Harun merupakan pembantu nabi Musa alaihima salam di dalam dakwah nabi Musa kerana ketidakfasihan nabi Musa alaihi salam dalam berbicara. Begitulah perjuangan nabi2 Allah yang telah diutuskan untuk mengajak umatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t, akan tetapi beberapa sahaja umatnya yang menerima seruan tersebut.


Maqam Nabi Saleh alaihi salam..



Salah satu mukjizat nabi Allah Musa alaihi salam ialah mengetuk batu menggunakan tongkatnya sehingga terpancarnya air. Maka apa yang saudara lihat itu adalah suatu kesan yang telah ditinggalkan kepada kita. Ketika nabi Allah Musa alaihi salam dalam perjalanan ke Syam, ketika itu dalam suasana yang agak panas dan sukar untuk mendapatkan air. Maka kaum baginda telah mengadu kepada nabi akan keletihan dan kehausan sehingga menyebabkan sukar untuk meneruskan perjalanan. Maka dengan mukjizat tersebut , nabi Allah Musa berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan air kepada mereka. Dengan perintah daripada Allah kepada nabi Musa alaihi salam, maka baginda mengetuk batu dengan menggunakan tongkatnya, lalu terpancarlah 12 mata air. Untuk pengetahuan ikhwan, 12 mata air itu menandakan sebanyak 12 kaum yang mana mereka mengetahui dimana tempat minumnya. Kerana apa? Kerana dengan itu, kaum Allah Musa alaihi salam tidak akan berebut untuk mendapatkan air tersebut. Itulah nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada umat baginda, akan tetapi umatnya tetap ingkar kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang berbunyi :

Begitu juga kenikmatan yang dikurnikan oleh Allah s.w.t kepada umat nabi Allah Musa alaihi salam tetapi mereka tetap juga mengingkari dakwah baginda , firman Allah s.w.t :




Dengan kenikmatan yang Allah s.w.t kurniakan itu menyebabkan kaumnya mengkufuri nikmat tersebut, maka mereka merencanakan untuk mengambil batu tersebut. Maka dengan kuasa Allah s.w.t, batu itu tidaklah terangkat walaupun mereka telah menggunakan apa2 alatan untuk mengangkatnya.



Kawasan yang dikatakan perjalanan nabi Allah Musa sebelum ke mata air..




20 February 2010

Kursus Bahasa Al-Quran Di ITQANS

Tarikh : 4hb - 6hb Disember 2009
Tempat : Dewan Besar Itqan

Asalamualikum kepada sahabat - sahabat sekelian. Semoga anda semua sihat hendaknya. Pada 4 - 6 Disember yang lepas, KEMBAQ AHMADI telah menjalankan program Kursus Bahasa Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan selama 3 hari bermula pada hari jumaat hingga ahad. KEMBAQ merasa bangga kerana dapat menjalankan program di sekolah yang cemerlang dan penuh dengan keberkatan penuntut - penuntut yang mempelajari agama dan menghafal al-quran ayat suci Allah. Untuk program kali ini, ianya disertai oleh pelajar ITQAN tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Bilangan semua peserta ialah sebanyak 96 orang sahaja. Fasilitator yang hadir untuk membantu pula hanya 9 orang dan dikalangan fasilitator lelaki sahaja. Program kali ini bermatlamat untuk memberi kehafaman dan minat pelajar ITQAN untuk mempelajari Bahasa Al-Quran. Hal ini kerana mereka semua adalah orang - orang yang mendampingi Al-Quran. Selain itu, matlamat KEMBAQ juga untuk membolehkan mereka memahami Al-Quran walaupun tanpa mempelajari qawaid. Pada permulaaan program seperti biasa Ayahanda memberikan semangat dan motivasi kepada peserta. Selepas itu, Ayahanda terus mendedahkan peserta pembelajaran sebenar modul KEMBAQ. Bemula dengan dhomir sehinggalah idofah pada waktu malam. Pada keesokannya iaitu sabtu, peserta telah mempelajari feal mudhori' dan terus bersambung pembelajaran dengan bina' Al-jumlah pada waktu malam. Pada hari ahad, peserta mempelajari feal madi.Sepanjang program ini dijalankan, peserta menunjukkan semangat yang tinggi. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan peserta menyatakan pendapat bahawa program ini menarik.
Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX