Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

03 October 2011

Kembaq Di Hutan Lipur Gunung Senyum(SMA Pulau Tawar)







Assalamualaikum.....kali ini,kami seramai 36orang Fasilitator dan 1 orang Moderator telah pergi ke Hutan Lipur Gunung Senyum,Pahang.
Dengan restu Tuan Pengetua,kami telah bertolak pada
11.30pagi.Perjalanan ke Gunung Senyum mengambil masa
sebanyak 3 jam.Kami sampai
pada 3.30 petang.Sampai disana kami berpeluang untuk bersiar-siar di kawasan Gunung
Senyum.Kemudian kami makan malam dan bersiap-siap untuk solat maghrib berjemaah dan meneruskan program seterusnya.Pada 8 malam Ayahanda Zulkarnain mengadakan sedikit taklimat dan meneruskan program.Peserta kali ini melibatkan Tingkatan 1 dan 2 seramai 230 peserta.Program diadakan di Dewan Terbuka

yang ada disana.Keadaan dewan agak sempit,tapi dengan semangat dari para peserta,kesemuan
ya masuk dewan untuk belajar Bahasa Arab bersama Ayahanda.Pada keesokan hari,selepas solat subuh k
ami mengadakan riadah.Riadah kali ini dibahagi kepada 2 bahagian.Bahagian pertama untuk pelajar lelaki yang di ketuai ole
h Khairul Nazri ddan bahagian satu lagi diketuai oleh Ayaha

nda Zulkarnain.Kemudian disambung dengan pembalajaran Bahasa Arab.Pembalajaran berhenti seketika untuk solat Zu
hur dan makan tengah hari.selepas makan tengah hari para peserta diberi masa untuk berehat.







09 June 2011

KEMBAQ DI SMA PELANGAI,PAHANG







Tempat : Sek. Men.Agama Pelangai,Pahang
Tarikh : 8-9 April 2011

السلام معليكم.... PAda 8-10 April yang lepas, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus Bahasa Arab di S.M.A , Seremban. Pada program kali ini telah mencatat rekod tertinggi bilanagan pesertanya iaitu seramai 366 peserta yang terdiri dari tingkatan 1,2,3,4,5 dan 6.
Namun begitu bilangan peserta yang terlalu ramai itu tidak membimbangkan kami kerana para peserta memberi kerjasama yang baik.ZDan program ini merupakan sejarah KEMBAQ Maahad Ahmadi
yang pertama juga kerana membawa fasi seramai 30 orang dengan menempah sebuah bas. Program berjalan dengan lancar walaupun keadaan dewan yang kurang selesa. Terima
kasih diucapkan kepada warga S.M.A. Pelangai,Pahang yang memberi layanan yang baik kepada kami sepanjang kami berada di sana.
Kami berharap para peserta kursus akan mendapat "A" dalam Bahasa Arab. Semoga berjmpa lagi... Ilal Liqa'......







15 May 2011

KEMBARA KEMBAQ KE BUMI BAWAH BAYU 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian, salam perjuangan, salam bahasa al-quran, semoga anda bahagia hendaknya....alhamduliilah, syukur kepada Allah yang masih lagi mmberi peluang kepada KEMBAQ untuk terus berkhidmat kepada masyarakat untuk memertabatkan bahasa al-quran. Masih lagi kami juga (fasilitator) dapat berjuang bersama Ayahanda tercinta untuk melahirkan generasi pencinta bahasa al-quran.


Kami memulakan perjalalanan tranfomasi ini kekuatan kami seramai 17 orang, 4 pelapis serta diiringi TUAN PENGETUA yang turut bersama kami iaituUST ABDUL RAHIM BIN MAAMOR yang juga sebagi PENDORONG tetap KEMBAQ dalam memberi galakan pelajar dalam mengikuti program Bahasa Arab ini , dan kami diketuai Ayahanda, Ustaz zulkarnain bin Itam yang mendokong matlamat KEMBAQ ke Bumi bawah bayu. Ayahanda sering mengingatkan bahawa disana tidak sama seperti disini kerana keadaan masyarakat yang berbeza dan Ayahanda acap kali memberitahu yang utama berjuang lillahi taala.

Kami tiba di LCCT pada jam 2.00 petang. Kami bertolak menaiki van dari Maahad Ahmadi pada jam 11.15 pagi dan Alhamdulillah tiba dengan selamat di LCCT. Setibanya kami di LCCT, kami terpaksa menunggu kerana flight pada jam 3.15 petang. dalam tempoh masa tersebut, kami menunaikan kewajipan kami dan juga saling bertukar pendapat tentang bagaimana keadaan di Sabah serta tidak lupa untuk merakamkan saat-saat indah bersama. Pada jam 2.30 petang kami "check in" di kuanter untuk proses penerbangan yang seterusnya. Pada jam 3.20 petang, kapal terbang kami "Air Asia" mula bergerak membawa kami menuju destinasi kami.

01 April 2011

PROGRAM KEMBAQ DI LUAR MAAHAD AHMADI 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, yang pertamanya, KEMBAQ AHMADI memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat diatas kelewatan kami memperbaharui blog ini atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan serta jadual yang padat.Kami berharap agar sahabat-sahabat terus setia dengan blog ini.Insyaalah, untuk pertemuan kali ini, kami akan ingin menceritakan perjalanan KEMBAQ sepanjang Januari - Mac 2011.



KEMBAQ DI Sekolah Agama Rakyat Al-Qalam,Nilai.

Program ini merupakan program pertama KEMBAQ yan diadakan diluar Maahad Ahmadi. Ianya telah diadakan pada 28-30 januari.Kami telah pergi ke SAR Al- Qalam bagi mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab untuk pelajar darjah 4-5. Seramai 10 orang fasilitator telah pergi ke sana bagi menawarkan khidmat bakti kepada bangsa dan anak didik negara. Semua berjalan lancar seperti biasa dan para peserta kelihatan semakin berminat untuk mempelajari bahasa Arab dan juga bergembira sewaktu sesi pembelajaran. Dengan keadaan tersebut, moderator bersama para fasilitator berjaya mencapai objektif yang telah diselaraskan.







KEMBAQ DI SMA SIMPANG PELANGAI.

Aktiviti KEMBAQ diluar Maahad Ahmadi diteruskan di Sekolah Menengah Agama Simpang Pelangai pada 11-13 feb 2011. Seramai 13 orang fasilitator hadir untuk membimbing adik-adik SMA Simpang Pelangai. Program di SBPI Selandar adalah antara program yang menarik yang pernah KEMBAQ adakan. Hal ini kerana semangat yang ditunjukkan oleh pelajar adalah luar biasa. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya dengan adanya semangat pelajar dan fasilitator.








KEMBAQ DI AGRO PARK,RANTAU.



Program KEMBAQ di AGRO PARK,NILAI pula telah diadakan pada 18-20 Februari 2011 yang lepas. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai program kali ini. Fasilitator pula seramai 10 orang dari lepasan STAM. Program kali ini bermula dengan baik dan turut berakhir dengan baik. Ini adalah kali pertama KEMBAQ berjaya memasuki AGRO PARK. Para Peserta menunjukkan semangat yang tingi sepanjang program ini dijalankan. Para Peserta juga dihiburkan dengan Al-Qina' Al-Arobiah seperti salamuna, huna nafrah, dan Ikwhati Akhowati. Ayahanda juga turut bersemangat ketika mengajar melihat akan kecekapan pelajar memahami setiap pelajaran yang diajar. Program ini berakhir dengan gilang gemilang.



SMK TUNKU BESAR BURHANUDIN.


Program di SMK TBB ini telah diadakan pada 25-27 Februari 2011. Pada program ini, Peserta yang menyertai program adalah seramai 95 orang pelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Seramai 9 orang Fasilitator lepasan STAM dan 2 orang dari kalangan pelajar tingkatan 4. Program ini berjalan seperti biasa dengan aktiviti pembelajaran, riadah dan kuliah. Para
fasilitator juga menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.Para peserte sangat gembira apabila program ini dijalankan.Ini menunjukkan telah berjaya menambat hati-hati para peserte untuk belajar bahasa arab.

10 March 2011

MEGA KEMBAQ 2010



Tarikh : 28 NOV - 5 DISEMBER 2010

Tempat : Maahad Ahmadi E'dadi





Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 28 NOV -5 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar-pelajar luar Maahad Ahmadi 2010.Program ini sebanyak 3 sesi,sesi 1 disertai peserte -pesserte dari kalangan darjah 4,5 dan 6.Sesi 2 pula disertai oleh peserte-peserte tingkatan 1,2 dan 3 .Pelajar-pelajar yang hadir seramai 100 orang.Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program KEMBAQ yang pertama dibawah Fasilitator lepasan STAM 2010 selepas kejayaan besar Fasilitator lepasan STAM 2009 membawa KEMBAQ terus maju kehadapan. Objektif diadakan program ini ialah bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar 2011 cara-cara ataupun kaedah untuk mudah membuat ayat dan menambahkan minat terhadap bahasa arab. Selain itu, program ini juga menjurus kepada latih tubi supaya pelajar lebih mahir untuk menulis bahasa arab.Seramai 30 orang fasilitator telah terlibat untuk proram kali untuk mmembantu melicinkan lagi program ini. Program ini juga dibuka untuk fasilitator tingkatan 4 yang berminat untuk menyertainya. Pada awalnya, peluang yang dibuka untuk peserta luar adalah banyak akan tetapi tempat yang terhad untuk program ini menjadikan peluang yang dibuka terpaksa dihadkan. Selama 8 hari program ini berjalan, ianya berjalan dengan lancar. Peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Di dalam program ini, peserta telah ditekankan penggunaan domir yang betul.Untuk kuliah subuh, Ayahanda memberi tazkirah kepada peserta dan peserte dibahagikan dalam kumpulan dan mereka diberi arahan supaya memberi tazkirah dalam bahasa arab selama 5 minit. Program ini berakhir pada hari Selasa dan semua peserta telah berpuas hati dengan proram ini.

05 February 2011

KURSUS KEFASILITATORAN KEMBAQ 2011

Assalammualaikum.......... pada 6 hingga 8 Disember 2010 yang lepas, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus Pengkaderan Fasilitator KEMBAQ 2009 di Maahad Ahmadi. Kursus ini dilakukan untuk mencari pelapis-pelapis fasilitator KEMBAQ untuk megantikan fasilitator-fasilitator lepasan STAM yang akan melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kursus ini disertai 3 lapisan pelajar iaitu Tingkatan 3,Tingkatan 4 dan pelajar Stam 2010. Semasa kursus ini dijalankan, peserta didedahkan kaedah-kaedah untuk mengajar mengikut modul-modul KEMBAQ. Kursus ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah yang memberi sepenuh kerjasam kepada kami. diharapkan peserta-peserta kursus ini boleh menjadi fasilitator KEMBAQ yang berjaya menaikkan lagi nama KEMBAQ.... Skian Wassalam....



Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX