Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

01 April 2011

PROGRAM KEMBAQ DI LUAR MAAHAD AHMADI 2011

Categories:

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, yang pertamanya, KEMBAQ AHMADI memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat diatas kelewatan kami memperbaharui blog ini atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan serta jadual yang padat.Kami berharap agar sahabat-sahabat terus setia dengan blog ini.Insyaalah, untuk pertemuan kali ini, kami akan ingin menceritakan perjalanan KEMBAQ sepanjang Januari - Mac 2011.



KEMBAQ DI Sekolah Agama Rakyat Al-Qalam,Nilai.

Program ini merupakan program pertama KEMBAQ yan diadakan diluar Maahad Ahmadi. Ianya telah diadakan pada 28-30 januari.Kami telah pergi ke SAR Al- Qalam bagi mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab untuk pelajar darjah 4-5. Seramai 10 orang fasilitator telah pergi ke sana bagi menawarkan khidmat bakti kepada bangsa dan anak didik negara. Semua berjalan lancar seperti biasa dan para peserta kelihatan semakin berminat untuk mempelajari bahasa Arab dan juga bergembira sewaktu sesi pembelajaran. Dengan keadaan tersebut, moderator bersama para fasilitator berjaya mencapai objektif yang telah diselaraskan.







KEMBAQ DI SMA SIMPANG PELANGAI.

Aktiviti KEMBAQ diluar Maahad Ahmadi diteruskan di Sekolah Menengah Agama Simpang Pelangai pada 11-13 feb 2011. Seramai 13 orang fasilitator hadir untuk membimbing adik-adik SMA Simpang Pelangai. Program di SBPI Selandar adalah antara program yang menarik yang pernah KEMBAQ adakan. Hal ini kerana semangat yang ditunjukkan oleh pelajar adalah luar biasa. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya dengan adanya semangat pelajar dan fasilitator.








KEMBAQ DI AGRO PARK,RANTAU.



Program KEMBAQ di AGRO PARK,NILAI pula telah diadakan pada 18-20 Februari 2011 yang lepas. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai program kali ini. Fasilitator pula seramai 10 orang dari lepasan STAM. Program kali ini bermula dengan baik dan turut berakhir dengan baik. Ini adalah kali pertama KEMBAQ berjaya memasuki AGRO PARK. Para Peserta menunjukkan semangat yang tingi sepanjang program ini dijalankan. Para Peserta juga dihiburkan dengan Al-Qina' Al-Arobiah seperti salamuna, huna nafrah, dan Ikwhati Akhowati. Ayahanda juga turut bersemangat ketika mengajar melihat akan kecekapan pelajar memahami setiap pelajaran yang diajar. Program ini berakhir dengan gilang gemilang.



SMK TUNKU BESAR BURHANUDIN.


Program di SMK TBB ini telah diadakan pada 25-27 Februari 2011. Pada program ini, Peserta yang menyertai program adalah seramai 95 orang pelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Seramai 9 orang Fasilitator lepasan STAM dan 2 orang dari kalangan pelajar tingkatan 4. Program ini berjalan seperti biasa dengan aktiviti pembelajaran, riadah dan kuliah. Para
fasilitator juga menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.Para peserte sangat gembira apabila program ini dijalankan.Ini menunjukkan telah berjaya menambat hati-hati para peserte untuk belajar bahasa arab.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX