Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

03 October 2011

Kembaq Di Hutan Lipur Gunung Senyum(SMA Pulau Tawar)

Categories:







Assalamualaikum.....kali ini,kami seramai 36orang Fasilitator dan 1 orang Moderator telah pergi ke Hutan Lipur Gunung Senyum,Pahang.
Dengan restu Tuan Pengetua,kami telah bertolak pada
11.30pagi.Perjalanan ke Gunung Senyum mengambil masa
sebanyak 3 jam.Kami sampai
pada 3.30 petang.Sampai disana kami berpeluang untuk bersiar-siar di kawasan Gunung
Senyum.Kemudian kami makan malam dan bersiap-siap untuk solat maghrib berjemaah dan meneruskan program seterusnya.Pada 8 malam Ayahanda Zulkarnain mengadakan sedikit taklimat dan meneruskan program.Peserta kali ini melibatkan Tingkatan 1 dan 2 seramai 230 peserta.Program diadakan di Dewan Terbuka

yang ada disana.Keadaan dewan agak sempit,tapi dengan semangat dari para peserta,kesemuan
ya masuk dewan untuk belajar Bahasa Arab bersama Ayahanda.Pada keesokan hari,selepas solat subuh k
ami mengadakan riadah.Riadah kali ini dibahagi kepada 2 bahagian.Bahagian pertama untuk pelajar lelaki yang di ketuai ole
h Khairul Nazri ddan bahagian satu lagi diketuai oleh Ayaha

nda Zulkarnain.Kemudian disambung dengan pembalajaran Bahasa Arab.Pembalajaran berhenti seketika untuk solat Zu
hur dan makan tengah hari.selepas makan tengah hari para peserta diberi masa untuk berehat.







Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX