Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 20 -25 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar PMR Maahad Ahmadi 2010. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program KEMBAQ yang ke-3 dibawah Fasilitator lepasan STAM 2009 selepas kejayaan besar Fasilitator lepasan STAM 2008 membawa KEMBAQ terus maju kehadapan. Objektif diadakan program ini ialah bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar E'dadi 2 2009 cara-cara ataupun kaedah untuk mudah menjawab soalan PMR. Selain itu, program ini juga menjurus kepada latih tubi supaya pelajar lebih mahir untuk menulis bahasa arab untuk persediaan peperiksaan. Seramai 17 orang fasilitator telah terlibat untuk proram kali untuk mmembantu melicinkan lagi program ini. Program ini juga dibuka untuk peserta luar yang berminat untuk menyertainya. Seramai 5 orang peserta dari luar telah menyertai program KEMBAQ ini. Pada awalnya, peluang yang dibuka untuk peserta luar adalah banyak akan tetapi tempat yang terhad untuk program ini menjadikan peluang yang dibuka terpaksa dihadkan. Selama 6 hari program ini berjalan, ianya berjalan dengan lancar. Peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Di dalam program ini, peserta telah ditekankan kepada cara untuk memahami teks, mengeluarkan isi penting dari insya'. Selain itu, peserta juga dilatih membina ayat berpandukan gambar, menterjemahkan ayat ke melayu dan melayu ke arabUntuk kuliah subuh, Ayahanda mengajar peserta cara menterjemah ayat menggunakan modul KEMBAQ disamping memahami maksud ayat. Program ini berakhir pada hari Rabu dan semua peserta telah berpuas hati dengan proram ini.
Followers
KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.
Objektif KEMBAQ
- Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
- Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
- Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
- Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
- Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
- Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
04 January 2010
Categories:

Blog Archive