Program ini merupakan program pertama KEMBAQ yan diadakan diluar Maahad Ahmadi. Ianya telah diadakan pada 8 - 10 januari.Kami telah pergi ke SMADHM bagi mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab untuk pelajar tingkatan 1 - 3. Seramai 10 orang fasilitator telah pergi ke sana bagi menawarkan khidmat bakti kepada bangsa dan anak didik negara. Semua berjalan lancar seperti biasa dan para peserta kelihatan semakin berminat untuk mempelajari bahasa Arab dan juga bergembira sewaktu sesi pembelajaran. Dengan keadaan tersebut, moderator bersama para fasilitator berjaya mencapai objektif yang telah diselaraskan.
Aktiviti KEMBAQ diluar Maahad Ahmadi diteruskan di SBPI Selandar pada 22 - 24 Januari 2010. Program ini merupakan untuk program kali ini, seramai 177 dari kelangan pelajar tingkatan 2 dan 3 SBPI Selandar telah mengikutinya. Seramai 20 orang fasilitator hadir untuk membimbing adik-adik SBPI Selandar. Program di SBPI Selandar adalah antara program yang menarik yang pernah KEMBAQ adakan. Hal ini kerana semangat yang ditunjukkan oleh pelajar adalah luar biasa. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya dengan adanya semangat pelajar dan fasilitator.
KEMBAQ DI SMKA PEDAS
Program KEMBAQ di SMKA Pedas pula telah diadakan pada 5 - 7 Februari 2010 yang lepas. Seramai 150 orang pelajar telah menyertai program kali ini. Fasilitator pula seramai 16 orang dari lepasan STAM dan 4 orang dari pelajar Maahad STAM. Program kali ini bermula dengan baik dan turut berakhir dengan baik. Ini adalah kali pertama KEMBAQ berjaya memasuki SMKA Pedas. Para Peserta menunjukkan semangat yang tingi sepanjang program ini dijalankan. Para Peserta juga dihiburkan dengan Al-Qina' Al-Arobiah seperti salamuna, huna nafrah, dan Ikwhati Akhowati. Ayahanda juga turut bersemangat ketika mengajar melihat akan kecekapan pelajar memahami setiap pelajaran yang diajar. Program ini berakhir dengan gilang gemilang.
Program di SMASKP ini telah diadakan pada 19 - 21 Februari 2010. Pada Program Ke - 4 ini, Peserta yang telah menyertai program kali ini adalah seramai 157 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 3. Seramai 16 orang Fasilitator lepasan STAM dan 5 orang dari kalangan mahasiswa STAM. Program kali ini juga menunjukkan kejayaanya apabila modul siri pertama KEMBAQ dapat dihabiskan. Program ini berjalan seperti biasa dengan aktiviti pembelajaran, riadah dan kuliah. Para fasilitator juga menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.
KEMBAQ DI SBPI JEMPOL
Tanggal 25 - 27 Februari 2010 bersamaan hari khamis, jumaat dan sabtu, KEMBAQ melangkah satu tapak lagi kehadapan dalam perjalanan menuju kejayaan apabila berjaya menakluki SBPI Jempol untuk aktivit KEMBAQ yang seterusnya. Seramai 190 orang pelajar telah menyertai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Fasilitator yang hadir pada kali ini adalah seramai 20 orang. Pada program kali ini, kehadiran fasilitator Muslimat agak lewat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Perjalanan untuk program kali ini berjalan lancar. Hal ini demikian kerana para peserta adalah antara pelajar yang cemerlang. Program kali ini juga berjaya menanbahkan lagi minat belajar bahasa arab. Inilah yang KEMBAQ lakukan selain mengajar, KEMBAQ juga menenanam kecintaan para pelajar terhadap bahasa arab yang merupakan asas kepada kejayaan menguasainya. Program ini diakhiri dengan majlis penutupan yang dihadiri oleh Ketua Bidang Bahasa SBPI Jempol.
Blog Archive