Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Pada 9 Oktober 2010 yang lalu, kami (Ayahanda dan fasilitator) telah meneruskan program di Sekolah Kebangsaan Senawang untuk mengadakan program Kem Bahasa al-Quran (KEMBAQ). Ianya melibatkan 113 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Darjah 5. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar bertutur dalam bahasa Arab dan menanam rasa kecintaan para peserta kepada bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab. Selain itu, tujuan program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan para peserta dalam bahasa Arab.
Program ini bukan sekadar belajar semata-mata malah para peserta belajar sambil bergembira dalam bahasa Arab. Ini memudahkan para pelajar untuk memahami bahasa Arab dengan mudah.
Antara pengisian program ini ialah muhadasah (perbualan) dalam bahasa Arab iaitu melatih pelajar mahir bertutur dan tidak sekadar menulis. Selain itu, bacaan madaih (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan diterangkan makna madaih tersebut supaya para peserta dapat memahami isi kandungan madaih tersebut. Selain itu, kami juga turut mengadakan program kerohanian seperti tazkirah subuh, tazkirah maghrib, dan lain-lain. Tambahan pula, pengisian yang paling penting dalam program ini ialah latih tubi dalam penulisan di mana para peserta dilatih untuk mahir dalam membuat insya’ (karangan dalam bahasa Arab). Selain itu, kawad dhamair adalah antara kaedah yang mudah untuk menghafal dhamair selain daripada nyanyian.
Di dalam program ini, para peserta telah didedahkan tentang pengguanaan dhamir, isim isyarah, idhafah, fi’il madhi dan mudhari’ dan selainnya. Harapan kami pada program adalah para peserta dapat memantapkan diri dalam penggunaan bahasa Arab dan cinta untuk menggunakan bahasa al-Quran ini. Insya-Allah.
.
Blog Archive