Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

24 September 2009

Salam Perantau Dari Fasi KEMBAQ

Assalammualaikum dan salam Aidil Fitri kepade semuae umat Islam di Malaysia khususnye warge Maahad Ahmadi dan di khususkan lagi kepade sesiape yang berkaitan dengan KEMBAQ. Ana sebagai fasilitator sesi 08/09 terase terharu pabila menyambut Aidil Fitri di bumi yang di gelar "ardu kinanah" ini..... Ketika menunaikan solat sunat Aidil ftri di atas tar "suk sayyarot" (pasar kereta),...
Related Posts with Thumbnails

Iklan