Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

24 September 2009

Salam Perantau Dari Fasi KEMBAQ


Assalammualaikum dan salam Aidil Fitri kepade semuae umat Islam di Malaysia khususnye warge Maahad Ahmadi dan di khususkan lagi kepade sesiape yang berkaitan dengan KEMBAQ. Ana sebagai fasilitator sesi 08/09 terase terharu pabila menyambut Aidil Fitri di bumi yang di gelar "ardu kinanah" ini..... Ketika menunaikan solat sunat Aidil ftri di atas tar "suk sayyarot" (pasar kereta), saya terkenangkan Malaysia yang nun jauh entah beribu batu..... Air mata mula bertitisan namun ana mengesatnye sebelum ia jatuh ke bumi... selesai solat sunat aidil fitri, ana duduk untuk mendegar khutbah Aidil Fitri. Ana cube untuk memahami ape yang di sampaikan oleh khatib tersebut namun disebabkan tidak faham khutbah tersebut fikiran terus melayang terkenangkan keluarga, guru-guru serta sahabat handai yang berada jauh dari mata. Tapi ana bersa sungguh bersyukur kerana dapat menyambut Aidil Fitri di bumi anbiya' ini..
Buat warga Maahad Ahmadi dan KEMBAQ, ana selaku setiausaha KEMBAQ sesi 08/09 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.... Semoga segala kesalahn ana ketika berkhidmat di bawah KEMBAQ dapat di ampunkan,,,,, Doakan ana berjaya di sini serta cepat balik untuk berkhidmat kembali imsya'Allah... Semoga KEMBAQ maju selamanya....
Salam Perantauan
Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX