Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

24 September 2009

Salam Perantau Dari Fasi KEMBAQ


Assalammualaikum dan salam Aidil Fitri kepade semuae umat Islam di Malaysia khususnye warge Maahad Ahmadi dan di khususkan lagi kepade sesiape yang berkaitan dengan KEMBAQ. Ana sebagai fasilitator sesi 08/09 terase terharu pabila menyambut Aidil Fitri di bumi yang di gelar "ardu kinanah" ini..... Ketika menunaikan solat sunat Aidil ftri di atas tar "suk sayyarot" (pasar kereta), saya terkenangkan Malaysia yang nun jauh entah beribu batu..... Air mata mula bertitisan namun ana mengesatnye sebelum ia jatuh ke bumi... selesai solat sunat aidil fitri, ana duduk untuk mendegar khutbah Aidil Fitri. Ana cube untuk memahami ape yang di sampaikan oleh khatib tersebut namun disebabkan tidak faham khutbah tersebut fikiran terus melayang terkenangkan keluarga, guru-guru serta sahabat handai yang berada jauh dari mata. Tapi ana bersa sungguh bersyukur kerana dapat menyambut Aidil Fitri di bumi anbiya' ini..
Buat warga Maahad Ahmadi dan KEMBAQ, ana selaku setiausaha KEMBAQ sesi 08/09 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.... Semoga segala kesalahn ana ketika berkhidmat di bawah KEMBAQ dapat di ampunkan,,,,, Doakan ana berjaya di sini serta cepat balik untuk berkhidmat kembali imsya'Allah... Semoga KEMBAQ maju selamanya....
Salam Perantauan

03 August 2009

Program Bersama Belia Maghribi (Morocco)



Kenangan 29hb & 30hb July 2009 memang tidak dapat kami lupakan iaitu bersama-sama pelajar Maghribi (moroccan). Seramai 14 jamaah daripada Maghribi daripada umur dalam lingkungan 13 tahun sehinggalah kepada lepasan Doktor PHD datang menziarahi Malaysia selama seminggu. Majlis Belia Malaysia iaitu M.A.Y.C mengadakan program HOMESTAY bersama keluarga-keluarga angkat di bukit Rokan, Negeri Sembilan. Kelab Persatuan daripada Maahad Ahmadi iaitu Kemahiran Bahasa Al-Quran (KEMBAQ) turut dipanggil bersama-sama dalam program tersebut sebagai jurubahasa. Homestay tersebut sepatutnya dilaksanakan selama 3 hari, namun terdapat masalah-masalah tertentu menyebabkan jamaah tersebut tidak dapat lama di kampung Bukit Rokan tersebut. Tetapi walau apa pun, kami berpuas hati dengan kedatangan beliau. Faedah yang kami perolehi daripada program tersebut iailah dapat melatih kemahiran bertutur dalam bahasa Arab sebagai persediaan untuk belajar ke Mesir insya Allah, kami juga berpeluang belajar dengan pelajar Maghribi tersebut bahasa Pasar Maghribi (لغة العامية المغربية) dan mengajar juga kepada mereka Bahasa Malaysia. Selain itu kami dapat memberi ilmu kepada mereka tentang adat dan budaya orang melayu di Malaysia. Itu sahaja yang dapat kami paparkan sekian WALLAHU A'LAM...

15 July 2009

kembaq di masjid sultan abdul samad (KLIA)


TEMPAT:MASJID SULTAN ABDUL SAMAD ,SEPANG
SEKOLAH:SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG
PESERTA:pelajar tingkatn 1 ,2 dan 3(151 org pelajar)

asslamualaikum.........kali ini kembaq bertukar arah ke barat iaitu ke masjid sultan abdul samad di KLIA...bersama dengan pelajar tingkatan 1 ,2 dan 3 daripada sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi ,sepang..Pertama sekali kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti mukhayyam ini dengan jayanya serta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang daurah ini diadakan..


jutaan terima kasih kami rakamkan kepada pihak SMKBBST terutamanya kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan daurah ini...tidak lupa juga kepada urusetia yang setia berkhidmat bagi memastikan daurah berjalan dengan lancarnye...



di samaping itu para peserta dapat memahami apa yang telah disampaikan dan diharapkan kepada semua yang terlibat mendapat manfaat daripada daurah ini...INSYAALLAH.......
SEKIAN ..TERIMA KASIH..


16 June 2009

Mukhayyam Bahasa Quran Di SMATKem...

TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH AGAMA TELOK KEMANG HARI : 29 MEI - 31 MEI 2009 PESERTA: PELAJAR SMATKEM & SEK MEN KEB RANTAU السلام عليكم......... Kite berjumpe lagi di dalam ruang blog ini.... sejuta kemaaffan kepade semue warga SMATKem dan peserta dari sekolah Sek Men Keb Rantau kerane pihak kami lambat untuk menulis laporan aktiviti mukhayyam di dalam ruang ini... Pertama sekali kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pesrta yang telah mengikuti mukhayyam ini dengan jaya nya. Program kali ini adalah program kali ke-2 yang dilakukan di sekolah ini. Semasa program ini berjalan, peserta-peserta telah menunujukakan komitimen yang tinggi. Di samping itu, para peserta dapat memahami pelajaran yang telah kami sampaikan kepada mereka. Kami harap semua peserta mendapat 'A' dalam Bahasa Arab. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMATKem yg memberi kerjasama kepada kami semasa program ini dijalankan. Semoga segala kekurangan kami semasa melakukan mukhayyam di SMATKem dapat di maafkan. Ilall liqa'.....

06 May 2009

Kursus Bahasa Arab di SMAD Kelana Petra Maamor




Tempat : Sek. Men. Agama Dato' Kelana Petra Maamor
Tarikh : 1-3 Mie 2009



السلام معليكم.... PAda 1-3 Mie yang lepas, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus Bahasa Arab di SMAD kelana Petra Maamor, Seremban. Pada program kali ini telah mencatat rekod tertinggi bilanagan pesertanya iaitu seramai 216 peserta yang terdiri dari tingkatan 3,5 dan 6. Namun begitu bilangan peserta yang terlalu ramai itu tidak membimbangkan kami kerana para peserta memberi kerjasama yang baik. Program berjalan dengan lancar walaupun keadaan dewan yang kurang selesa. Terima kasih diucapkan kepada warga SMAD Kelana Petra Maamor yang memberi layanan yang baik kepada kami sepanjang kami berada di sana. Kami berharap para peserta kursus akan mendapat "A" dalam Bahasa Arab. Semoga berjmpa lagi... Ilal Liqa'......

03 May 2009

Mukhayyam al-Lughotul al-A'robiah fi Sek. Men. Agama Persekutuan Labu

Tarikh: 24 April- 26 April 2009 Tempat: Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Assalammualaikum kepada semua umat Islam sekalian....... Kali ini KEMBAQ Maahad Ahmadi melaporkan aktiviti Mukhayyam al-Lughotul al-A'robiah di SMAP Labu, Negeri Sembilan. KEMBAQ pada kali ini berasa bertuah dan berbesar hati kerana telah dijemput untuk melakukan mukhayyam bahasa arab di sekoalah yang berstatus bintang ini yang rata-rata pelajarnya pandai dan cerdik-cerdik belaka. Ini telah menjadi satu batu loncatan bagi KEMBAQ untuk melangkah lebih jauh untuk mengembangkan bahasa al-Quran ini di seluruh Malaysia. Amin... Mukhayyam bermula bermula pada pukul 3.00 petang dengan "taa'ruf al-lughoh". selepas itu program di teruskan dengan riadah berkonsep yang menggunakan bahasa arab. Pada malam harinya, program di teruskan hingga jam 11.00 malam. Pelajar-pelajar di SMAP Labu sumgguh hebat kerana mereka mudah faham dengan apa yang telah kami ajarkan kepada mereka. Hrai ke-2 sahaja fael madhi, fael mudhori' naad manud serta mudof mudof ilai telah habis di ajar. Pada hari terakhir, mereka telah belajar musanna dan jama'. Tahniah kami ucapkan kepada pelajar-pelajar SMAP Labu.... Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMAP Labu kerana melayan kami dengan baik sekali semasa kami berada di sini. Komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru SMAP Labu yang turut hadir semasa program ini dijalankan telah memberi semangat kepada kami untuk melakukan yang terbaik kepada pelajar-pelajar SMAP Labu. Dan tidak lupa juga kepada semua pelajar-pelajar yang mengikuti program ini yang banyak memberi kerjasama serta menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program ini dijalankan. Kami harap semua pelajar-pelajar PMR SMAP Labu 2009 mendapat A dalam Bahsa Arab. Smoga berjumpa lagi....... Ilal liqa'........
















02 April 2009

PENGKADERAN FASILITATOR KEMBAQ 2009

Assalammualaikum.......... pada 27 hingga 29 Februari 2009 yang lepas, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus Pengkaderan Fasilitator KEMBAQ 2009 di Maahad Ahmadi. Kursus ini dilakukan untuk mencari pelapis-pelapis fasilitator KEMBAQ untuk megantikan fasilitator-fasilitator lepasan STAM yang akan melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Kursus ini disertai 3 buah sekolah iaitu Maahad Ahmadi, Sek. Men Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP)dan Istitut Tahfiz Al-Quran N.Sembilan (ITQANS). Semasa kursus ini dijalankan, peserta didedahkan kaedah-kaedah untuk mengajar mengikut modul-modul KEMBAQ. Kursus ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah yang memberi sepenuh kerjasam kepada kami. diharapkan peserta-peserta kursus ini boleh menjadi fasilitator KEMBAQ yang berjaya menaikkan lagi nama KEMBAQ.... Skian Wassalam....














22 February 2009

KEMBAQ di Sek. Men. Agama Nilai, N. Sembilan


Program: Kursus Intansif Bahasa Al-Quran
Tempat : Sekolah Menengah Agama Nilai
Masa : 20 Fabruari-22 Fabruari 2009

Pada beberapa hari yang lalu, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah di jemput untuk melakukan Kursus Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Nilai(SMA Nilai). Program kali ini adalah program kali ke-2 yang di lakukan oleh KEMBAQ Maahad Ahmadi di sekolah tersebut. Sebelum ini KEMBAQ Maahad Ahmadi teleh melakukan program di SMA Nilai pada tahun lepas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMA Nilai yang memberi kepercayaan sekali lagi kepada kami untuk melakukan program bahasa arab di SMA Nilai. Perjalanan program kali ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan kawasan yang terlalu padat dengan kehadiran semua pelajar seramai 205 orang. Walaupun begitu, pelajar-pelajar SMA Nilai menunjukkan respon yang baik. Kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengajar mereka kerana mereka mudah memahami ape yang diterangkan kepada mereka. Semoga pertemuan yang sebebntar ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif program serta berjaya meningkatkan penguasaan bahasa arab dalam kalangan pelajar-pelajar SMA Nilai. Sekian... Ilal Liqa'........











19 February 2009

KEMBAQ di SEK. REN. SRI ABIM


Program: Mukhayyam Bahasa Al-Quran
Tempat : Sekolah Sri Seremban, Negeri Sembilan
Masa : 13-15 Fabruari 2009
Peserta: Pelajar Tahun 5

KEMBAQ Maahad Ahmadi telah di jemput untuk melakukan Mukayyam Bahasa Arab di Sekolah Sri Seremban (Sri Abim)selama tiga hari. Program ini dijalankan sebagai persediaan untuk pelajar tahun 5 menghadapi Sijil Penilaian Rendah Ugama(SPRU). Kami bersyukur kerana program telah berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun kami banyak menghadapi kerenah kanak-kanak yang pelbagai. Dengan pengalaman kami mengendalikan program seperti ini, kami berjaya menghadapinya. Terima kasih kepada warga Sek. Ren. Sri Seremban (Sri Abim) terutamanya Guru Besar sekolah Pn. Rohani, yang memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini dan memberi layanan yang baik kepada kami. Semoga program yang di jalankan kepada pelajar-pelajar tahun 5 ini dapat memberi manfaat seterusnya berjaya mencapai okjektif program.
"Majulah Bahasa Ai-Quaran demi Agama"




09 February 2009

KURSUS BAHASA ARAB TING.1 & TING2



Tempat : Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.9
Masa : 12/1/2009-25/3/2009
Peserta: Tingkatan 1 & Tingkatan 2

Kemahiran Bahasa Al-Quran (KEMBAQ) telah merancang satu modul bahasa arab khas kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 Maahad Ahmadi selama 3 bulan yang bermula pada 12hb Januari – 25hb Mac 2009. Program ini bertujuan untuk mencapai target sasaran 80% ‘A’ bagi calon PMR 2010 dan 100% ‘A’ bagi calon PMR 2011. Di samping itu juga, program ini dapat memahirkan pelajar-pelajar yang mampu membuat ayat dan bertutur dalam bahasa arab dengan lancar tanpa sebarang kesalahan ayat.

Bulan Januari:

تعروف اللغة-1
2-penggunaan domir
3-penggunaan isim






KAWAT KAKI

BUALAN FABUARI:
1- Penggunaan Faiel Mudhori'
2- Penggunaan Hurf Jar
3- Penggunaan "أن" di Antara 2 faiel




MUHADASAH
Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX