Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

10 March 2011

MEGA KEMBAQ 2010



Tarikh : 28 NOV - 5 DISEMBER 2010

Tempat : Maahad Ahmadi E'dadi





Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 28 NOV -5 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar-pelajar luar Maahad Ahmadi 2010.Program ini sebanyak 3 sesi,sesi 1 disertai peserte -pesserte dari kalangan darjah 4,5 dan 6.Sesi 2 pula disertai oleh peserte-peserte tingkatan 1,2 dan 3 .Pelajar-pelajar yang hadir seramai 100 orang.Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program KEMBAQ yang pertama dibawah Fasilitator lepasan STAM 2010 selepas kejayaan besar Fasilitator lepasan STAM 2009 membawa KEMBAQ terus maju kehadapan. Objektif diadakan program ini ialah bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar 2011 cara-cara ataupun kaedah untuk mudah membuat ayat dan menambahkan minat terhadap bahasa arab. Selain itu, program ini juga menjurus kepada latih tubi supaya pelajar lebih mahir untuk menulis bahasa arab.Seramai 30 orang fasilitator telah terlibat untuk proram kali untuk mmembantu melicinkan lagi program ini. Program ini juga dibuka untuk fasilitator tingkatan 4 yang berminat untuk menyertainya. Pada awalnya, peluang yang dibuka untuk peserta luar adalah banyak akan tetapi tempat yang terhad untuk program ini menjadikan peluang yang dibuka terpaksa dihadkan. Selama 8 hari program ini berjalan, ianya berjalan dengan lancar. Peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Di dalam program ini, peserta telah ditekankan penggunaan domir yang betul.Untuk kuliah subuh, Ayahanda memberi tazkirah kepada peserta dan peserte dibahagikan dalam kumpulan dan mereka diberi arahan supaya memberi tazkirah dalam bahasa arab selama 5 minit. Program ini berakhir pada hari Selasa dan semua peserta telah berpuas hati dengan proram ini.
Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX