Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

10 October 2010

Program KEMBAQ di SK. Senawang






Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Pada 9 Oktober 2010 yang lalu, kami (Ayahanda dan fasilitator) telah meneruskan program di Sekolah Kebangsaan Senawang untuk mengadakan program Kem Bahasa al-Quran (KEMBAQ). Ianya melibatkan 113 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Darjah 5. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar bertutur dalam bahasa Arab dan menanam rasa kecintaan para peserta kepada bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab. Selain itu, tujuan program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan para peserta dalam bahasa Arab.



Program ini bukan sekadar belajar semata-mata malah para peserta belajar sambil bergembira dalam bahasa Arab. Ini memudahkan para pelajar untuk memahami bahasa Arab dengan mudah.

Antara pengisian program ini ialah muhadasah (perbualan) dalam bahasa Arab iaitu melatih pelajar mahir bertutur dan tidak sekadar menulis. Selain itu, bacaan madaih (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan diterangkan makna madaih tersebut supaya para peserta dapat memahami isi kandungan madaih tersebut. Selain itu, kami juga turut mengadakan program kerohanian seperti tazkirah subuh, tazkirah maghrib, dan lain-lain. Tambahan pula, pengisian yang paling penting dalam program ini ialah latih tubi dalam penulisan di mana para peserta dilatih untuk mahir dalam membuat insya’ (karangan dalam bahasa Arab). Selain itu, kawad dhamair adalah antara kaedah yang mudah untuk menghafal dhamair selain daripada nyanyian.




Di dalam program ini, para peserta telah didedahkan tentang pengguanaan dhamir, isim isyarah, idhafah, fi’il madhi dan mudhari’ dan selainnya. Harapan kami pada program adalah para peserta dapat memantapkan diri dalam penggunaan bahasa Arab dan cinta untuk menggunakan bahasa al-Quran ini. Insya-Allah.


.

Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX