Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

10 October 2010

Program KEMBAQ di SK. Senawang






Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Pada 9 Oktober 2010 yang lalu, kami (Ayahanda dan fasilitator) telah meneruskan program di Sekolah Kebangsaan Senawang untuk mengadakan program Kem Bahasa al-Quran (KEMBAQ). Ianya melibatkan 113 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Darjah 5. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar bertutur dalam bahasa Arab dan menanam rasa kecintaan para peserta kepada bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab. Selain itu, tujuan program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan para peserta dalam bahasa Arab.



Program ini bukan sekadar belajar semata-mata malah para peserta belajar sambil bergembira dalam bahasa Arab. Ini memudahkan para pelajar untuk memahami bahasa Arab dengan mudah.

Antara pengisian program ini ialah muhadasah (perbualan) dalam bahasa Arab iaitu melatih pelajar mahir bertutur dan tidak sekadar menulis. Selain itu, bacaan madaih (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan diterangkan makna madaih tersebut supaya para peserta dapat memahami isi kandungan madaih tersebut. Selain itu, kami juga turut mengadakan program kerohanian seperti tazkirah subuh, tazkirah maghrib, dan lain-lain. Tambahan pula, pengisian yang paling penting dalam program ini ialah latih tubi dalam penulisan di mana para peserta dilatih untuk mahir dalam membuat insya’ (karangan dalam bahasa Arab). Selain itu, kawad dhamair adalah antara kaedah yang mudah untuk menghafal dhamair selain daripada nyanyian.




Di dalam program ini, para peserta telah didedahkan tentang pengguanaan dhamir, isim isyarah, idhafah, fi’il madhi dan mudhari’ dan selainnya. Harapan kami pada program adalah para peserta dapat memantapkan diri dalam penggunaan bahasa Arab dan cinta untuk menggunakan bahasa al-Quran ini. Insya-Allah.


.

26 May 2010

KEMBARA KEMBAQ KE BUMI BAWAH BAYU

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian, salam perjuangan, salam bahasa al-quran, semoga anda bahagia hendaknya....alhamduliilah, syukur kepada Allah yang masih lagi mmberi peluang kepada KEMBAQ untuk terus berkhidmat kepada masyarakat untuk memertabatkan bahasa al-quran. Masih lagi kami juga (fasilitator) dapat berjuang bersama Ayahanda tercinta untuk melahirkan generasi pencinta bahasa al-quran.


Alhamdulillah...itulah ungkapan yang keluar apabila mengetahui yang KEMBAQ akan mengembangkan sayapnya ke bumi bawah bayu. Bukan kerana keseronokan untuk berjalan ke sana akan tetapi keseronokan masih dapat berjuang bersama ayahanda dan dapat menimba pengalaman yang baru disana. Tanggal 5 Mac 2010 menyaksikan tranformasi KEMBAQ di bumi bawah bayu. Seperti yang kita ketahui bahawa pada asalnya KEMBAQ ini hanya aktif dinegeri sembilan dan sesuai digelar "jaguh kampung". akan tetepi KEMBAQ kini telah melakukan tranfomasi untuk anak bangsa.


Kami memulakan perlalanan tranfomasi ini dengan Jamuan KEMBAQ bersama guru- guru pada sebelah pagi untuk memohon restu dari Pengetua Maahad Ahmadi semoga perjalanan kami diredoi Allah. Selesai jamuan kami berkumpul untuk bertolak ke LCCT. Kekuatan kami seramai 17 orang, 3 pelapis serta diiringi Guru Sukses yang turut bersama kami iaitu Ustaz Muhamad bin Aspari yang juga sebagi penceramah tetap KEMBAQ dalam tajuk Bahasa Arab dan Kerjaya dan kami diketuai Ayahanda tercinta, Ustaz zulkarnain bin Itam yang mendokong matlamat KEMBAQ ke Bumi bawah bayu. Ayahanda sering mengingatkan bahawa disana tidak sama seperti disini kerana keadaan masyarakat yang berbeza dan Ayahanda acap kali memberitahu yang utama berjuang lillahi taala.


Kami tiba di LCCT pada jam 2.00 petang. Kami bertolak menaiki van dari Maahad Ahmadi pada jam 11.15 pagi dan Alhamdulillah tiba dengan selamat di LCCT. Setibanya kami di LCCT, kami terpaksa menunggu kerana flight pada jam 3.15 petang. dalam tempoh masa tersebut, kami menunaikan kewajipan kami dan juga saling bertukar pendapat tentang bagaimana keadaan di Sabah serta tidak lupa untuk merakamkan saat-saat indah bersama. Pada jam 2.30 petang

kami "check in" di kuanter untuk proses penerbangan yang seterusnya. Pada jam 3.20 petang, kapal terbang kami "Air Asia" mula bergerak membawa kami nenuju destinasi kami.

31 March 2010

PROGRAM KEMBAQ DI LUAR MAAHAD AHMADI

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, yang pertamanya, KEMBAQ AHMADI memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat diatas kelewatan kami memperbaharui blog ini atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan serta jadual yang padat.Kami berharap agar sahabat-sahabat terus setia dengan blog ini.Insyaalah, untuk pertemuan kali ini, kami akan ingin menceritakan perjalanan KEMBAQ sepanjang Januari - Mac 2010.
KEMBAQ DI SMADHAM

Program ini merupakan program pertama KEMBAQ yan diadakan diluar Maahad Ahmadi. Ianya telah diadakan pada 8 - 10 januari.Kami telah pergi ke SMADHM bagi mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab untuk pelajar tingkatan 1 - 3. Seramai 10 orang fasilitator telah pergi ke sana bagi menawarkan khidmat bakti kepada bangsa dan anak didik negara. Semua berjalan lancar seperti biasa dan para peserta kelihatan semakin berminat untuk mempelajari bahasa Arab dan juga bergembira sewaktu sesi pembelajaran. Dengan keadaan tersebut, moderator bersama para fasilitator berjaya mencapai objektif yang telah diselaraskan.




KEMBAQ DI SBPI SELANDAR

Aktiviti KEMBAQ diluar Maahad Ahmadi diteruskan di SBPI Selandar pada 22 - 24 Januari 2010. Program ini merupakan untuk program kali ini, seramai 177 dari kelangan pelajar tingkatan 2 dan 3 SBPI Selandar telah mengikutinya. Seramai 20 orang fasilitator hadir untuk membimbing adik-adik SBPI Selandar. Program di SBPI Selandar adalah antara program yang menarik yang pernah KEMBAQ adakan. Hal ini kerana semangat yang ditunjukkan oleh pelajar adalah luar biasa. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya dengan adanya semangat pelajar dan fasilitator.

KEMBAQ DI SMKA PEDAS

Program KEMBAQ di SMKA Pedas pula telah diadakan pada 5 - 7 Februari 2010 yang lepas. Seramai 150 orang pelajar telah menyertai program kali ini. Fasilitator pula seramai 16 orang dari lepasan STAM dan 4 orang dari pelajar Maahad STAM. Program kali ini bermula dengan baik dan turut berakhir dengan baik. Ini adalah kali pertama KEMBAQ berjaya memasuki SMKA Pedas. Para Peserta menunjukkan semangat yang tingi sepanjang program ini dijalankan. Para Peserta juga dihiburkan dengan Al-Qina' Al-Arobiah seperti salamuna, huna nafrah, dan Ikwhati Akhowati. Ayahanda juga turut bersemangat ketika mengajar melihat akan kecekapan pelajar memahami setiap pelajaran yang diajar. Program ini berakhir dengan gilang gemilang.















KEMBAQ DI SMA Sains Kuala Pilah (Siri 1)

Program di SMASKP ini telah diadakan pada 19 - 21 Februari 2010. Pada Program Ke - 4 ini, Peserta yang telah menyertai program kali ini adalah seramai 157 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 3. Seramai 16 orang Fasilitator lepasan STAM dan 5 orang dari kalangan mahasiswa STAM. Program kali ini juga menunjukkan kejayaanya apabila modul siri pertama KEMBAQ dapat dihabiskan. Program ini berjalan seperti biasa dengan aktiviti pembelajaran, riadah dan kuliah. Para fasilitator juga menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan.











KEMBAQ DI SBPI JEMPOL
Tanggal 25 - 27 Februari 2010 bersamaan hari khamis, jumaat dan sabtu, KEMBAQ melangkah satu tapak lagi kehadapan dalam perjalanan menuju kejayaan apabila berjaya menakluki SBPI Jempol untuk aktivit KEMBAQ yang seterusnya. Seramai 190 orang pelajar telah menyertai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Fasilitator yang hadir pada kali ini adalah seramai 20 orang. Pada program kali ini, kehadiran fasilitator Muslimat agak lewat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Perjalanan untuk program kali ini berjalan lancar. Hal ini demikian kerana para peserta adalah antara pelajar yang cemerlang. Program kali ini juga berjaya menanbahkan lagi minat belajar bahasa arab. Inilah yang KEMBAQ lakukan selain mengajar, KEMBAQ juga menenanam kecintaan para pelajar terhadap bahasa arab yang merupakan asas kepada kejayaan menguasainya. Program ini diakhiri dengan majlis penutupan yang dihadiri oleh Ketua Bidang Bahasa SBPI Jempol.

23 February 2010

Jaulah ke Sinai v3


Kami teruskan pengembaraan kami ke Hawaii, suatu tempat yang bernama DAHAB, disini kami menjelajah lautan2 yang ada di Mesir. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengaturkan segala program2 dari mula sehingga akhirnya. Di Dahab kami telah melakukan aktiviti2 diantaranya ialah berkomunikasi dengan arab. Setiap kumpulan mestilah bercakap dengan mana2 arab sebanyak 3 orang arab dalam masa 3 minit keatas dengan dirakam oleh Fesilitator.


Setelah keletihan berbual dengan pak arab..


Baju-baju yang dijual dengan harga yang murah..



Tempat pelancongan yang kebanyakannya pelancongan akan datang adalah disini. Oleh kerana pemandangannya yang indah, bersebelahan pula dengan laut, maka tidak hairanlah pengunjung akan singgah sebentar (jalan-jalan cari makan) di gerai2 seafood yang berdekatan. Kelazatan dan kepuasan hati mesti akan menunggu anda, dengan makanan laut yang segar, hidangan yang banyak serta menyelerakan, harga yang berpatutan, membuatkan ikhwan teringin untuk mengunjungi semula restoran tersebut.



Ikan, udang, sotong yang segar sebelum diproses..



Seafood selepas diproses.. pueh hatikan???


Destinasi yang kedua terakhir kami, sebelum kami berangkat ke destinasi terakhir ialah blue hole. Disini kami berpeluang untuk melihat suatu lagi keindahan alam didasar laut. Dengan menggunakan peralatan keselamatan, kami dapat melihat landak laut, ikan2 yang berwarna-warni menyinari kami dan pelbagai lagi kehidupan laut ciptaan Allah s.w.t.



Tempat yang menjunam ini menampakkan kita sebuah kota ilad(Israel) .. kota ini suatu ketika dahulu pernah diserang oleh tentera Mesir sehingga kesemuanya mati kecuali sargent Mesir..



Destinasi kami yang terakhir adalah di Qala’h. Salehuddin al Ayubi merupakan pahlawan islam yang mashur, beliau adalah merupakan ketua perang pada zaman perang salib. Salehuddin al Ayubi telah pun membina suatu kubu yang strategik yang boleh menampakkan 3 buah Negara iaitu Israel, Mesir dan Arab Saudi. Kubu ini bolehlah dianggap sebuah pulau kecil yang terdiri didalamnya pelbagai kelengkapan.



Berada di puncak kubu salehuddin al ayubi bersama bendera Mesir..



Didasar kubu Salehuddin al Ayubi..



Sebelum pulang ke Qaherah, kami sempat bergambar di depan pintu gerbang kubu Salehuddin al Ayubi.. Kenangan yang manis ini memberi kami seribu erti dan pengajaran dengan kisah-kisah para2 Nabi dan Rasul serta sejarawan2 islam. Mereka adalah tunjang kepada tertegaknya agama Allah di muka bumi ini. Tanpa jasa mereka, kita tidak pasti islam akan berkembang atau pun sebaliknya.. Begitu juga dengan Nabi kita Muhammaf s.a.w yang telah mengembangkan dan menyempurnakan islam dengan dakwahnya dan pengorbanannya. tidaklah kita dianggap orang yang mengenang jasa sekiranya kita melupakannya. Jadi, sempena bulan Rabiul Awal ini, marilah kita bersama2 menanam lagi kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai.

Ya Allah, di bulan yang mulia ini.. Terimalah amalan kami dan ampunkanlah dosa kami.. terimalah selawat kami dan persembahkanlah selawat kami yang kami hadiahkan kepada kekasihMU... Terimalah doa kami dengan keberkatannya Ya Allah.. Sesungguhnya Rasulullah tidak perlu kepada selawat kami kerana Baginda telah dijanjikan syurga, tetapi sebenarnya kami mengharapkan kembali moge dengan selawat tadi menandakan kecintaan kami kepadanya dan dengan sedikit kecintaan yang ada dalam hati ini Baginda dapat mensyafaatkan kami di akhirat nanti.. Akhir kalam, Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w.. Marhaban Ya Rasulallah..

(Apa yang kami paparkan hanyalah mengikut apa yang kami ketahui.. sekiranya ada percanggahan fakta, kami memohon seribu kemaafan dan segala kelemahan adalah daripada pihak kami... harap maklum..)

Wassalam..


Posted by : Muhammad Firdaus bin Abdul Hadi











Jaulah ke Sinai v2

Berikutnya kami akan memaparkan kepada ikhwan2 saat yang telah ditunggu2 iaitu perjalanan kami menaiki puncak sinai. Untuk pengetahuan ikhwan2 semua, gunung sinai bukanlah seperti gunung datuk atau gunung tampin yang seperti anda bayangkan, akan tetapi gunung sinai adalah satu-satunya gunung yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t kerana disitulah tempat nabi Allah Musa alaih salam beribadat dan bermunajat kepada Allah s.w.t selama 30 hari. Oleh kerana perjanjian baginda dengan umatnya akan pulang kepada umatnya selepas 30 hari, Allah s.w.t ingin menguji umat nabi Allah Musa alaihi salam dengan menurunkan wahyu kepada baginda dengan menambah waktu ibadahnya selama 10 hari lagi. Umat nabi Allah Musa alaihi salam telah menunggu ketibaan baginda untuk memasuki islam, namun baginda tidak pulang kepada umatnya. Akhirnya umat nabi Allah Musa alaihi salam tidak memasuki islam. Begitulah Allah s.w.t menguji umat baginda alaihi salam.


kami menaiki gunung sinai pada sebelah malamnya lebih kurang pukul 12.00 malam dan tiba di puncak pada pukul 3.30pagi. Keadaan di puncak sungguh mendinginkan kami semua dengan tiupan angin yang kencang menghantui kami.


Berehat di checkpoint terakhir sebelum menuju ke puncak..



Suasana pagi di puncak sinai..


Kami juga berpeluang untuk melihat Fajar Siddiq yang kelihatan kemerah-merahan di awan..



Jadi kita boleh lihat gambar diatas itu bukannya koop atau mata'm, tapi itu adalah gereja. Hah!! jangan terkejut, orang2 kristian pun turut sama mendaki kerana kepercayaan mereka terhadap Bani Israel yang merupakan umat nabi Allah Musa alaihi salam. kami juga dapat menunaikan kewajipan kami sebagai umat islam dengan berjaya melaksanakan solat subuh secara berjemaah walaupun berada dalam kesukaran untuk berwuduk. kami menunaikan solat di masjid bersebelahan dengan gereja diatas.


Amir wa Ali..



Subhanallah.. Keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.



Setelah mengerjakan solat subuh, kami menunggu terbitnya matahari ufuk timur.. dalam keadaan orang yang ramai, kami sempat bergambar untuk kami mempersembahkan kepada ikhwan2 di Malaysia terutamya kepada Maahad Ahmadi khasnya kepada Kembaq. Terbitnya matahari membuatkan kami taajub melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. dengan itu kami membaca Asma ul Husna beramai-ramai.


Lebih mengejutkan kami, setelah kami pandang akan ciptaan Allah.. Subhanallah!!! kami telah menjumpai perkataan الله di langit hasil daripada pembentukkan awan.. memang kejadian ini memberi kami suatu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan..



Kami bersyukur akhirnya jejak jua kaki ini ke puncak sinai..



Kepada ikhwan2 yang ingin merasa keseronokkan seperti yang kami alami ini, belajarlah dan kuasailah bahasa arab dengan baik. kepada yang pelajar2 lepasan SPM, janganlah keluar daripada Maahad Ahmadi, teruskanlah kepada STAM. Jumpe kami disini, Insyaallah..


_________________________________________________________________





















Buat ahli2 kembaq, terutamanya kepada Ayahanda dan Fesilitator.. Kami postkan Jaulah ke Sinai ini adalah untuk dipersembahkan kepada antum semua. Sebagai wadah untuk menambahkan semangat pelajar2 semua untuk ke Mesir dan sebagai wadah untuk kami menyampaikan sedikit ilmu yang kami perolehi dalam pengembaraan kami ke Sinai. Untuk itu, saksikanlah video ini :


Saksikanlah video ini untuk tantapan umum...


Bersambung..
Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX