Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

16 March 2012

Mega Kembaq 2012 Di Masjid Qaryah Sikamat Seremban


Assalamualaikum...Pada 13.3.2012 Kembaq telah mengadakan program di Masjid Sikamat selama 3 hari.Program ini terbuka kepada semua yang ingin menyertainya.Kaunter pendaftaran telah dibuka pada jam 8 pagi sehingga 9.30
pagi.Seramai 30 orang yang datang dari pelbagai umur untuk menyertai program kami.Program pun bermula dengan pengenalan
dari Ayahanda.Pembelajaran dijalankan seperti biasa.. .Tahniah kepada se
orang ustazah yang turut mnyertai program ini.wala
upun lambat untuk memahami,tetapi dek krna semangat yang mnjulang tinggi,ustazah tersebut berjaya menghabiskan modul kembaq hingga ke hari terakhir.syabas juga buat seorang knak2 perempuan yang berumur 10
tahun trut menyertainya.. Kanak-kanak itu bertekad untuk mempelajari juga kemahiran tersebut walaupun modul untuknya telah dibuat mengikut tahap umurnya.Ternyata, kerana niat yang betul kerana Allah,dia berjaya mempelajari kesemua kemahiran yang diajar oleh ayahanda setanding dengan pelajar-pelajar lain yang berumur 11 tahun dan ke atas.Makan pagi disediakan oleh pihak kembaq dalam pukul 10-10.30 pg.
Sekiranya peserta-peserta seakan letih menulis,ayahanda melakukan sedikit aktiviti yang dapat menaikkan

semula semangat mereka yang hilang..antaranya tepukan dan sedikit senaman ringan. Ayahanda memberikan sedikit penghargaan kepada peserta sijil dan 2 batang pen kepada para peserta yang beroleh tandatangan ayahanda paling banyak dan bintang dripada fasi paling bnyak.Hadiah juga diberi kepada ustazah dan kanak-kanak tersebut.



Insyallah akan ada program yang akan datang

Kembaq Di Sma Darul Falah


Assalamualaikum.....kali ini,kami seramai 25orang Fasilitator dan 1 orang Moderatortelah pergi ke Sekolah Menengah Arab Darul Falah,Melaka.Dengan restu Tuan Pengetua,kami telah bertolak pada 1.30 tengah hari.Perjalanan ke Gunung Senyum mengambil masa sebanyak 1 jam 30 minit.Kami sampai pada 3 petang.Sampai disana kami terus memulakan program iaitu dengan pengenalan dari Ustaz Zulkarnain(Ayahanda).Kem
udian kami makan petang dan bersiap-siap untuk riadah pada petang.Riadah pada petang itu adala
h perlawanan bola sepak diantara peserta dengan fasilitator.Perlawanan tamat pada 6 petang dan keputusan seri.Program seterusnya akan bersambung selepas solat maghrib berjemaah.Selepas solat Maghrib Ayahanda mem
beri sedikit tazkirah.Kemudian solat isya' dan program diteruskan sehingga jam 10.30.Keesokan harinya,program berterusan
seperti biasa.Tetapi Telah ada beberapa kumpulan kecil untuk peserta yang lemah.Program ini berjalan selama 3 hari sehinggalah hari Ahad .Program ini diakhiri dengan sedikit ucapan dari Tuan Pengetua Sma Darul Falah.
Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX