Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

10 October 2010

Program KEMBAQ di SK. Senawang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Pada 9 Oktober 2010 yang lalu, kami (Ayahanda dan fasilitator) telah meneruskan program di Sekolah Kebangsaan Senawang untuk mengadakan program Kem Bahasa al-Quran (KEMBAQ). Ianya melibatkan 113 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Darjah 5. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar bertutur dalam...

26 May 2010

KEMBARA KEMBAQ KE BUMI BAWAH BAYU

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian, salam perjuangan, salam bahasa al-quran, semoga anda bahagia hendaknya....alhamduliilah, syukur kepada Allah yang masih lagi mmberi peluang kepada KEMBAQ untuk terus berkhidmat kepada masyarakat untuk memertabatkan bahasa al-quran. Masih lagi kami juga (fasilitator) dapat berjuang bersama Ayahanda tercinta untuk melahirkan generasi pencinta...

31 March 2010

PROGRAM KEMBAQ DI LUAR MAAHAD AHMADI

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, yang pertamanya, KEMBAQ AHMADI memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat diatas kelewatan kami memperbaharui blog ini atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan serta jadual yang padat.Kami berharap agar sahabat-sahabat terus setia dengan blog ini.Insyaalah, untuk pertemuan kali ini, kami akan ingin menceritakan perjalanan KEMBAQ...

23 February 2010

Jaulah ke Sinai v3

Kami teruskan pengembaraan kami ke Hawaii, suatu tempat yang bernama DAHAB, disini kami menjelajah lautan2 yang ada di Mesir. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengaturkan segala program2 dari mula sehingga akhirnya. Di Dahab kami telah melakukan aktiviti2 diantaranya ialah berkomunikasi dengan arab. Setiap kumpulan mestilah bercakap dengan mana2 arab sebanyak 3 orang...

Jaulah ke Sinai v2

Berikutnya kami akan memaparkan kepada ikhwan2 saat yang telah ditunggu2 iaitu perjalanan kami menaiki puncak sinai. Untuk pengetahuan ikhwan2 semua, gunung sinai bukanlah seperti gunung datuk atau gunung tampin yang seperti anda bayangkan, akan tetapi gunung sinai adalah satu-satunya gunung yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t kerana disitulah tempat nabi Allah Musa alaih salam...
Related Posts with Thumbnails

Iklan