Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat yang dirahmati Allahsekalian...kali ini KEMBAQ Maahad Ahmadi akan melaporkan aktiviti KEMBAQ yang terbaru. Pertamanya, kami memohon maaf kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sudah sekian lama kami tidak melaporkan aktiviti kami. Hal ini demikian kerana timbulnya masalah yang tidak dapat dielakkan. P

ada 2 - 5 November yang lepas bersamaan hari Jumaat hingga Ahad, KEMBAQ telah mengadakan Mukhayyam Al-Muhadasah bil-lughotul Al-Arobiah untuk pelajar E'dadi 2 2009. Proram ini bertujuan untuk melatih pelajar E'dadi 2 supaya mahir bertutur dalam bahasa arab. Seramai 125 orang peserta telah menyertai prog

ram ini bersama 18 orang fasilitator diiringi 3 orang guru pengiring.Selama kami disana,kami telah berkhemah untuk menjadikan program ini lebih menarikdisamping ianay berhampirn dengan laut. Banyak aktiviti yang kami lakukan, antaranya aktiviti muhadasah. pada mulanya kami pisahkan antara lelaki dan perempuan. Selepas itu, kami gabungkan lelaki dan perempuan berpasangan supaya mereka lebih mahir bertutur dalam bahasa arab.aktiviti lain adalah bersiar-siar di pantai akan tetapi m

esti membuat aktiviti bahasa arab Selama kami disana juga, kami tidaklah hanya bersenang lenang. Hal ini kerana, kami memilih untuk memasak sendiri. Para fasilitator terpaksa bekerja keras untuk memasak kerana kuantiti peserta yang ramai dan bilangan fasilitator yang sedikit. Oleh yang demikian, kami dibahagikan kepada beberapa tugas untuk melincirkan lagi perjalanan program kami . guru - guru pengirang turut membantu untuk me

nyediakan makanan. disebabkan kami bukanlah tukang masak profesional, makanan yang disediakan sering lewat disediakan. Walaubagaimanapun, peserta tetap tabah menunggu. Para peserta juga diuji dengan pelbagai dugaan apabila hari pertama hujan turun dengan lebatnya menyebabkan khemah peserta dimasuki air. Oleh yang demikian, peserta lelaki terpakasa tidur di astaka dan peserta perempuan didalam chalet. Program kami juga diserikan lagi dengan kehadiran Cikgu Mohamad Aspari yang telah memberikan semangat kepada para peserta. Kami juga sangat berterima kasih kepada peserta yang telah memberikan kotmitmen yang tinggi sepanjang program ini dijalankan walaupun banyak dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Kami berharap juga agar pelajar E'dadi 2 akan terus berjaya khususnya dalam pmr sesi 2010. Sekian dari kami ....................ila liqa'
Blog Archive