
Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 28 NOV -5 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar-pelajar luar Maahad Ahmadi 2010.Program ini sebanyak 3 sesi,sesi 1 disertai peserte -pesserte dari kalangan darjah 4,5 dan 6.Sesi 2 pula disertai oleh peserte-peserte tingkatan 1,2 dan 3 .Pelajar-pelajar yang hadir seramai 100 orang.Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program KEMBAQ yang pertama dibawah Fasilitator lepasan STAM 2010 selepas kejayaan besar Fasilitator lepasan STAM 2009 membawa KEMBAQ terus maju kehadapan. Objektif diadakan program ini ialah bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar 2011 cara-cara ataupun kaedah untuk mudah membuat ayat dan menambahkan minat terhadap bahasa arab. Selain itu, program ini juga menjurus kepada latih tubi supaya pelajar lebih mahir untuk menulis bahasa arab.Seramai 30 orang fasilitator telah terlibat untuk proram kali un
tuk mmembantu melicinkan lagi program ini. Program ini juga dibuka untuk fasilitator tingkatan 4 yang berminat untuk menyertainya. Pada awalnya, peluang yang dibuka untuk peserta luar adalah banyak akan tetapi tempat yang terhad untuk program ini menjadikan peluang yang dibuka terpaksa dihadkan. Selama 8 hari program ini berjalan, ianya berjalan dengan lancar. Peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Di dalam program ini, peserta telah ditekankan penggunaan domir yang betul.Untuk kuliah subuh, Ayahanda memberi tazkirah kepada peserta dan peserte dibahagikan dalam kumpulan dan mereka diberi arahan supaya memberi tazkirah dalam bahasa ar
ab selama 5 minit. Program ini berakhir pada hari Selasa dan semua peserta telah berpuas hati dengan proram ini.








Blog Archive