Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

22 February 2009

KEMBAQ di Sek. Men. Agama Nilai, N. Sembilan

Program: Kursus Intansif Bahasa Al-QuranTempat : Sekolah Menengah Agama NilaiMasa : 20 Fabruari-22 Fabruari 2009 Pada beberapa hari yang lalu, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah di jemput untuk melakukan Kursus Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Nilai(SMA Nilai). Program kali ini adalah program kali ke-2 yang di lakukan oleh KEMBAQ Maahad Ahmadi di sekolah tersebut. Sebelum...

19 February 2009

KEMBAQ di SEK. REN. SRI ABIM

Program: Mukhayyam Bahasa Al-QuranTempat : Sekolah Sri Seremban, Negeri SembilanMasa : 13-15 Fabruari 2009Peserta: Pelajar Tahun 5 KEMBAQ Maahad Ahmadi telah di jemput untuk melakukan Mukayyam Bahasa Arab di Sekolah Sri Seremban (Sri Abim)selama tiga hari. Program ini dijalankan sebagai persediaan untuk pelajar tahun 5 menghadapi Sijil Penilaian Rendah Ugama(SPRU). Kami bersyukur...

09 February 2009

KURSUS BAHASA ARAB TING.1 & TING2

Tempat : Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.9Masa : 12/1/2009-25/3/2009Peserta: Tingkatan 1 & Tingkatan 2Kemahiran Bahasa Al-Quran (KEMBAQ) telah merancang satu modul bahasa arab khas kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 Maahad Ahmadi selama 3 bulan yang bermula pada 12hb Januari – 25hb Mac 2009. Program ini bertujuan untuk mencapai target sasaran 80% ‘A’ bagi calon...
Related Posts with Thumbnails

Iklan