Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

22 February 2009

KEMBAQ di Sek. Men. Agama Nilai, N. Sembilan

Categories:


Program: Kursus Intansif Bahasa Al-Quran
Tempat : Sekolah Menengah Agama Nilai
Masa : 20 Fabruari-22 Fabruari 2009

Pada beberapa hari yang lalu, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah di jemput untuk melakukan Kursus Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Nilai(SMA Nilai). Program kali ini adalah program kali ke-2 yang di lakukan oleh KEMBAQ Maahad Ahmadi di sekolah tersebut. Sebelum ini KEMBAQ Maahad Ahmadi teleh melakukan program di SMA Nilai pada tahun lepas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMA Nilai yang memberi kepercayaan sekali lagi kepada kami untuk melakukan program bahasa arab di SMA Nilai. Perjalanan program kali ini berjalan dengan lancar walaupun keadaan kawasan yang terlalu padat dengan kehadiran semua pelajar seramai 205 orang. Walaupun begitu, pelajar-pelajar SMA Nilai menunjukkan respon yang baik. Kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengajar mereka kerana mereka mudah memahami ape yang diterangkan kepada mereka. Semoga pertemuan yang sebebntar ini dapat memberi manfaat dan mencapai objektif program serta berjaya meningkatkan penguasaan bahasa arab dalam kalangan pelajar-pelajar SMA Nilai. Sekian... Ilal Liqa'........











Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX