Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

19 February 2009

KEMBAQ di SEK. REN. SRI ABIM

Categories:


Program: Mukhayyam Bahasa Al-Quran
Tempat : Sekolah Sri Seremban, Negeri Sembilan
Masa : 13-15 Fabruari 2009
Peserta: Pelajar Tahun 5

KEMBAQ Maahad Ahmadi telah di jemput untuk melakukan Mukayyam Bahasa Arab di Sekolah Sri Seremban (Sri Abim)selama tiga hari. Program ini dijalankan sebagai persediaan untuk pelajar tahun 5 menghadapi Sijil Penilaian Rendah Ugama(SPRU). Kami bersyukur kerana program telah berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun kami banyak menghadapi kerenah kanak-kanak yang pelbagai. Dengan pengalaman kami mengendalikan program seperti ini, kami berjaya menghadapinya. Terima kasih kepada warga Sek. Ren. Sri Seremban (Sri Abim) terutamanya Guru Besar sekolah Pn. Rohani, yang memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini dan memberi layanan yang baik kepada kami. Semoga program yang di jalankan kepada pelajar-pelajar tahun 5 ini dapat memberi manfaat seterusnya berjaya mencapai okjektif program.
"Majulah Bahasa Ai-Quaran demi Agama"




Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX