Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

15 July 2009

kembaq di masjid sultan abdul samad (KLIA)

Categories:


TEMPAT:MASJID SULTAN ABDUL SAMAD ,SEPANG
SEKOLAH:SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG
PESERTA:pelajar tingkatn 1 ,2 dan 3(151 org pelajar)

asslamualaikum.........kali ini kembaq bertukar arah ke barat iaitu ke masjid sultan abdul samad di KLIA...bersama dengan pelajar tingkatan 1 ,2 dan 3 daripada sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi ,sepang..Pertama sekali kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti mukhayyam ini dengan jayanya serta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang daurah ini diadakan..


jutaan terima kasih kami rakamkan kepada pihak SMKBBST terutamanya kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan daurah ini...tidak lupa juga kepada urusetia yang setia berkhidmat bagi memastikan daurah berjalan dengan lancarnye...



di samaping itu para peserta dapat memahami apa yang telah disampaikan dan diharapkan kepada semua yang terlibat mendapat manfaat daripada daurah ini...INSYAALLAH.......
SEKIAN ..TERIMA KASIH..


Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX