


Kenangan 29hb & 30hb July 2009 memang tidak dapat kami lupakan iaitu bersama-sama pelajar Maghribi (moroccan). Seramai 14 jamaah daripada Maghribi daripada umur dalam lingkungan 13 tahun sehinggalah kepada lepasan Doktor PHD datang menziarahi Malaysia selama seminggu. Majlis Belia Malaysia iaitu M.A.Y.C mengadakan program HOMESTAY bersama keluarga-keluarga angkat di bukit Rokan, Negeri Sembilan. Kelab Persatuan daripada Maahad Ahmadi iaitu Kemahiran Bahasa Al-Quran (KEMBAQ) turut dipanggil bersama-sama dalam program tersebut sebagai jurubahasa. Homestay tersebut sepatutnya dilaksanakan selama 3 hari, namun terdapat masalah-masalah tertentu menyebabkan jamaah tersebut tidak dapat lama di kampung Bukit Rokan tersebut. Tetapi walau apa pun, kami berpuas hati dengan kedatangan beliau.






Blog Archive