Kami memulakan perjalalanan tranfomasi ini kekuatan kami seramai 17 orang, 4 pelapis serta diiringi TUAN PENGETUA yang turut bersama kami iaituUST ABDUL RAHIM BIN MAAMOR yang juga sebagi PENDORONG tetap KEMBAQ dalam memberi galakan pelajar dalam mengikuti program Bahasa Arab ini , dan kami diketuai Ayahanda, Ustaz zulkarnain bin Itam yang mendokong matlamat KEMBAQ ke Bumi bawah bayu. Ayahanda sering mengingatkan bahawa disana tidak sama seperti disini kerana keadaan masyarakat yang berbeza dan Ayahanda acap kali memberitahu yang utama berjuang lillahi taala.
Kami tiba di LCCT pada jam 2.00 petang. Kami bertolak menaiki van dari Maahad Ahmadi pada jam 11.15 pagi dan Alhamdulillah tiba dengan selamat di LCCT. Setibanya kami di LCCT, kami terpaksa menunggu kerana flight pada jam 3.15 petang. dalam tempoh masa tersebut, kami menunaikan kewajipan kami dan juga saling bertukar pendapat tentang bagaimana keadaan di Sabah serta tidak lupa untuk merakamkan saat-saat indah bersama. Pada jam 2.30 petang kami "check in" di kuanter untuk proses penerbangan yang seterusnya. Pada jam 3.20 petang, kapal terbang kami "Air Asia" mula bergerak membawa kami menuju destinasi kami.