Followers
Apa itu “KEMBAQ” ?KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.
Objektif KEMBAQ
- Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
- Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
- Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
- Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
- Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
- Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
26 May 2010
31 March 2010
Aktiviti KEMBAQ diluar Maahad Ahmadi diteruskan di SBPI Selandar pada 22 - 24 Januari 2010. Program ini merupakan untuk program kali ini, seramai 177 dari kelangan pelajar tingkatan 2 dan 3 SBPI Selandar telah mengikutinya. Seramai 20 orang fasilitator hadir untuk membimbing adik-adik SBPI Selandar. Program di SBPI Selandar adalah antara program yang menarik yang pernah KEMBAQ adakan. Hal ini kerana semangat yang ditunjukkan oleh pelajar adalah luar biasa. Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya dengan adanya semangat pelajar dan fasilitator.KEMBAQ DI SMKA PEDAS
23 February 2010
Kami teruskan pengembaraan kami ke Hawaii, suatu tempat yang bernama DAHAB, disini kami menjelajah lautan2 yang ada di Mesir. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengaturkan segala program2 dari mula sehingga akhirnya. Di Dahab kami telah melakukan aktiviti2 diantaranya ialah berkomunikasi dengan arab. Setiap kumpulan mestilah bercakap dengan mana2 arab sebanyak 3 orang arab dalam masa 3 minit keatas dengan dirakam oleh Fesilitator.
Ya Allah, di bulan yang mulia ini.. Terimalah amalan kami dan ampunkanlah dosa kami.. terimalah selawat kami dan persembahkanlah selawat kami yang kami hadiahkan kepada kekasihMU... Terimalah doa kami dengan keberkatannya Ya Allah.. Sesungguhnya Rasulullah tidak perlu kepada selawat kami kerana Baginda telah dijanjikan syurga, tetapi sebenarnya kami mengharapkan kembali moge dengan selawat tadi menandakan kecintaan kami kepadanya dan dengan sedikit kecintaan yang ada dalam hati ini Baginda dapat mensyafaatkan kami di akhirat nanti.. Akhir kalam, Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w.. Marhaban Ya Rasulallah..
(Apa yang kami paparkan hanyalah mengikut apa yang kami ketahui.. sekiranya ada percanggahan fakta, kami memohon seribu kemaafan dan segala kelemahan adalah daripada pihak kami... harap maklum..)
Wassalam..
Berikutnya kami akan memaparkan kepada ikhwan2 saat yang telah ditunggu2 iaitu perjalanan kami menaiki puncak sinai. Untuk pengetahuan ikhwan2 semua, gunung sinai bukanlah seperti gunung datuk atau gunung tampin yang seperti anda bayangkan, akan tetapi gunung sinai adalah satu-satunya gunung yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t kerana disitulah tempat nabi Allah Musa alaih salam beribadat dan bermunajat kepada Allah s.w.t selama 30 hari. Oleh kerana perjanjian baginda dengan umatnya akan pulang kepada umatnya selepas 30 hari, Allah s.w.t ingin menguji umat nabi Allah Musa alaihi salam dengan menurunkan wahyu kepada baginda dengan menambah waktu ibadahnya selama 10 hari lagi. Umat nabi Allah Musa alaihi salam telah menunggu ketibaan baginda untuk memasuki islam, namun baginda tidak pulang kepada umatnya. Akhirnya umat nabi Allah Musa alaihi salam tidak memasuki islam. Begitulah Allah s.w.t menguji umat baginda alaihi salam.
Lebih mengejutkan kami, setelah kami pandang akan ciptaan Allah.. Subhanallah!!! kami telah menjumpai perkataan الله di langit hasil daripada pembentukkan awan.. memang kejadian ini memberi kami suatu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan..
Kepada ikhwan2 yang ingin merasa keseronokkan seperti yang kami alami ini, belajarlah dan kuasailah bahasa arab dengan baik. kepada yang pelajar2 lepasan SPM, janganlah keluar daripada Maahad Ahmadi, teruskanlah kepada STAM. Jumpe kami disini, Insyaallah.._________________________________________________________________

Buat ahli2 kembaq, terutamanya kepada Ayahanda dan Fesilitator.. Kami postkan Jaulah ke Sinai ini adalah untuk dipersembahkan kepada antum semua. Sebagai wadah untuk menambahkan semangat pelajar2 semua untuk ke Mesir dan sebagai wadah untuk kami menyampaikan sedikit ilmu yang kami perolehi dalam pengembaraan kami ke Sinai. Untuk itu, saksikanlah video ini :
Saksikanlah video ini untuk tantapan umum...
Bersambung..
22 February 2010
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Alhamdulillah... pertamanya marilah sama2 kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam.. dan alhamdulillah kita telah pun berada dalam bulan yang mana telah dimuliakan oleh Allah s.w.t iaitu bulan yang mana telah dilahirkan seorang permata cahaya, itulah junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w..
Pada beberapa hari yang lepas kami telah mengadakan jaulah ke sinai dan beberapa tempat yang lain seperti Dahab, Uyun Nabi Musa, Jabal Musa, Wadi Arbain, beberapa maqam para rasul yang terdahulu, kubu israel, kubu salehuddin al Ayubi dan beberapa tempat lagi yang menarik.. dalam kesempatan ini kami ingin berkongsi bersama-sama dengan ikhwan-ikhwan menyelami pengembaraan kami yang begitu menyeronokkan dan ternyata iainya sungguh mengangumkan.
Ini adalah kawasan2 yang berdekatan dengan telaga berkenaan..

Salah satu mukjizat nabi Allah Musa alaihi salam ialah mengetuk batu menggunakan tongkatnya sehingga terpancarnya air. Maka apa yang saudara lihat itu adalah suatu kesan yang telah ditinggalkan kepada kita. Ketika nabi Allah Musa alaihi salam dalam perjalanan ke Syam, ketika itu dalam suasana yang agak panas dan sukar untuk mendapatkan air. Maka kaum baginda telah mengadu kepada nabi akan keletihan dan kehausan sehingga menyebabkan sukar untuk meneruskan perjalanan. Maka dengan mukjizat tersebut , nabi Allah Musa berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan air kepada mereka. Dengan perintah daripada Allah kepada nabi Musa alaihi salam, maka baginda mengetuk batu dengan menggunakan tongkatnya, lalu terpancarlah 12 mata air. Untuk pengetahuan ikhwan, 12 mata air itu menandakan sebanyak 12 kaum yang mana mereka mengetahui dimana tempat minumnya. Kerana apa? Kerana dengan itu, kaum Allah Musa alaihi salam tidak akan berebut untuk mendapatkan air tersebut. Itulah nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada umat baginda, akan tetapi umatnya tetap ingkar kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang berbunyi :
Dengan kenikmatan yang Allah s.w.t kurniakan itu menyebabkan kaumnya mengkufuri nikmat tersebut, maka mereka merencanakan untuk mengambil batu tersebut. Maka dengan kuasa Allah s.w.t, batu itu tidaklah terangkat walaupun mereka telah menggunakan apa2 alatan untuk mengangkatnya.







Blog Archive