Followers

Apa itu “KEMBAQ” ?

KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.

Objektif KEMBAQ

  • Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
  • Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
  • Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
  • Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
  • Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
  • Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
Lebih lanjut

23 February 2010

Jaulah ke Sinai v2

Berikutnya kami akan memaparkan kepada ikhwan2 saat yang telah ditunggu2 iaitu perjalanan kami menaiki puncak sinai. Untuk pengetahuan ikhwan2 semua, gunung sinai bukanlah seperti gunung datuk atau gunung tampin yang seperti anda bayangkan, akan tetapi gunung sinai adalah satu-satunya gunung yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t kerana disitulah tempat nabi Allah Musa alaih salam beribadat dan bermunajat kepada Allah s.w.t selama 30 hari. Oleh kerana perjanjian baginda dengan umatnya akan pulang kepada umatnya selepas 30 hari, Allah s.w.t ingin menguji umat nabi Allah Musa alaihi salam dengan menurunkan wahyu kepada baginda dengan menambah waktu ibadahnya selama 10 hari lagi. Umat nabi Allah Musa alaihi salam telah menunggu ketibaan baginda untuk memasuki islam, namun baginda tidak pulang kepada umatnya. Akhirnya umat nabi Allah Musa alaihi salam tidak memasuki islam. Begitulah Allah s.w.t menguji umat baginda alaihi salam.


kami menaiki gunung sinai pada sebelah malamnya lebih kurang pukul 12.00 malam dan tiba di puncak pada pukul 3.30pagi. Keadaan di puncak sungguh mendinginkan kami semua dengan tiupan angin yang kencang menghantui kami.


Berehat di checkpoint terakhir sebelum menuju ke puncak..



Suasana pagi di puncak sinai..


Kami juga berpeluang untuk melihat Fajar Siddiq yang kelihatan kemerah-merahan di awan..



Jadi kita boleh lihat gambar diatas itu bukannya koop atau mata'm, tapi itu adalah gereja. Hah!! jangan terkejut, orang2 kristian pun turut sama mendaki kerana kepercayaan mereka terhadap Bani Israel yang merupakan umat nabi Allah Musa alaihi salam. kami juga dapat menunaikan kewajipan kami sebagai umat islam dengan berjaya melaksanakan solat subuh secara berjemaah walaupun berada dalam kesukaran untuk berwuduk. kami menunaikan solat di masjid bersebelahan dengan gereja diatas.


Amir wa Ali..



Subhanallah.. Keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.



Setelah mengerjakan solat subuh, kami menunggu terbitnya matahari ufuk timur.. dalam keadaan orang yang ramai, kami sempat bergambar untuk kami mempersembahkan kepada ikhwan2 di Malaysia terutamya kepada Maahad Ahmadi khasnya kepada Kembaq. Terbitnya matahari membuatkan kami taajub melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. dengan itu kami membaca Asma ul Husna beramai-ramai.


Lebih mengejutkan kami, setelah kami pandang akan ciptaan Allah.. Subhanallah!!! kami telah menjumpai perkataan الله di langit hasil daripada pembentukkan awan.. memang kejadian ini memberi kami suatu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan..



Kami bersyukur akhirnya jejak jua kaki ini ke puncak sinai..



Kepada ikhwan2 yang ingin merasa keseronokkan seperti yang kami alami ini, belajarlah dan kuasailah bahasa arab dengan baik. kepada yang pelajar2 lepasan SPM, janganlah keluar daripada Maahad Ahmadi, teruskanlah kepada STAM. Jumpe kami disini, Insyaallah..


_________________________________________________________________





















Buat ahli2 kembaq, terutamanya kepada Ayahanda dan Fesilitator.. Kami postkan Jaulah ke Sinai ini adalah untuk dipersembahkan kepada antum semua. Sebagai wadah untuk menambahkan semangat pelajar2 semua untuk ke Mesir dan sebagai wadah untuk kami menyampaikan sedikit ilmu yang kami perolehi dalam pengembaraan kami ke Sinai. Untuk itu, saksikanlah video ini :


Saksikanlah video ini untuk tantapan umum...


Bersambung..

22 February 2010

Jaulah ke Sinai v1


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Alhamdulillah... pertamanya marilah sama2 kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kita nikmat iman dan islam.. dan alhamdulillah kita telah pun berada dalam bulan yang mana telah dimuliakan oleh Allah s.w.t iaitu bulan yang mana telah dilahirkan seorang permata cahaya, itulah junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w..

Pada beberapa hari yang lepas kami telah mengadakan jaulah ke sinai dan beberapa tempat yang lain seperti Dahab, Uyun Nabi Musa, Jabal Musa, Wadi Arbain, beberapa maqam para rasul yang terdahulu, kubu israel, kubu salehuddin al Ayubi dan beberapa tempat lagi yang menarik.. dalam kesempatan ini kami ingin berkongsi bersama-sama dengan ikhwan-ikhwan menyelami pengembaraan kami yang begitu menyeronokkan dan ternyata iainya sungguh mengangumkan.
Berjaulah sambil belajar daripada pengalaman..



Kami sempat bergambar sebelum ke destinasi seterusnya..


Izat dan Ali yang segak bergaya..


Ini adalah kubu israel ketika perang israel dengan mesir.. kubu ini dibina ketika suatu masa dahulu israel menawan semenanjung sinai dan untuk melindungi mereka daripada diketahui tentera Mesir.. Yang mengagumkan, kubu ini dibina dengan batu dan dilitupi dengan pasir2 sehingga kubu mereka kelihatan seperti padang pasir.. namun ketika itu, ulama Azhar bermimpi cara untuk menghancurkan mereka.. dengan itu, ulama tersebut mengarahkan kepada tentera Mesir untuk menyiram kawasan tersebut dengan air.. Akhirnya tentera israel melarikan diri dan kubu itu dihancurkan sendiri oleh tentera israel bagi mengelak diketahui taktik2 peperangan mereka..


Tulisan bahasa Israel laknatullahi alaih..



Ini dikatakan kitab Taurat.. Wallhu A'lam..



Teropong ini telah digunakan oleh tentera Israel untuk memantau pergerakan2 tentera Mesir di sekitar kawasan tersebut. Teropong ini mampu untuk melihat sejauh 200km tapi malangnya teropong ini yang sudah berusia puluhan tahun tidak lagi dapat berfungsi sepenuhnya, kami hanya mampu melihat kawasan yang terdekat sahaja.

Jika kita imbau sejarah yang lepas, para pedagang barat yang ingin berdagang ke Timur terpaksa melalui jalan yang jauh dan memakan masa yang agak lama.. tetapi suatu yang mengagumkan kita apabila terusan suez dibina oleh masyarakat arab suatu masa dahulu yang begitu luas sehinggakan pedagang tidak perlu lagi melalui jalan yang jauh.. Terusan Suez itu telah pun diusahakan oleh ramai masyarakat arab ketika itu sehingga ramai yang terkorban..


Ini adalah perigi atau dalam bahasa arabnya "بئر الساقية" ..



Kulit Album Nasyeed..
Ini adalah kawasan2 yang berdekatan dengan telaga berkenaan..




Ini adalah patung Lembu Samiri. Patung ini telah diukir oleh seorang kaum nabi Allah Musa alaihi salam yang bernama Samiri kerana hendak menghilangkan kepercayaan kaum umat nabi Allah Musa alaihi salam kepada baginda setelah baginda pulang dari tur sina. Ada pendapat lain yang mengatakan patung Lembu Samiri ini terbentuk hasil daripada pancaran matahari yang meleburkan batu2 tersebut.




X-Pert Sinai bersama lembuw Samiri..



Ini adalah Hamam Firaun, keajaipan yang ada disini ialah tempat ini mengeluarkan wap yang agak panas. Dengan bau sulfur yang menghangitkan hidung sesiapa yang memasukinya. Duduk beberapa lama didalamnya akan mengeluarkan cecair di badan kita yang melekit iaitu peluh. Hamam ini bukanlah berada hampir dengan Piramid Firauan yang berada di Giza, akan tetapi kita sedia maklum bahawa Firaun di Mesir terlampau banyak.



Dihadapan Hamam Firaun..
Yang ikhwan lihat diatas adalah maqam salah seorang nabi Allah s.w.t. iaitu nabi Harun alaihi salam. Nabi Allah Harun merupakan pembantu nabi Musa alaihima salam di dalam dakwah nabi Musa kerana ketidakfasihan nabi Musa alaihi salam dalam berbicara. Begitulah perjuangan nabi2 Allah yang telah diutuskan untuk mengajak umatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t, akan tetapi beberapa sahaja umatnya yang menerima seruan tersebut.


Maqam Nabi Saleh alaihi salam..



Salah satu mukjizat nabi Allah Musa alaihi salam ialah mengetuk batu menggunakan tongkatnya sehingga terpancarnya air. Maka apa yang saudara lihat itu adalah suatu kesan yang telah ditinggalkan kepada kita. Ketika nabi Allah Musa alaihi salam dalam perjalanan ke Syam, ketika itu dalam suasana yang agak panas dan sukar untuk mendapatkan air. Maka kaum baginda telah mengadu kepada nabi akan keletihan dan kehausan sehingga menyebabkan sukar untuk meneruskan perjalanan. Maka dengan mukjizat tersebut , nabi Allah Musa berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan air kepada mereka. Dengan perintah daripada Allah kepada nabi Musa alaihi salam, maka baginda mengetuk batu dengan menggunakan tongkatnya, lalu terpancarlah 12 mata air. Untuk pengetahuan ikhwan, 12 mata air itu menandakan sebanyak 12 kaum yang mana mereka mengetahui dimana tempat minumnya. Kerana apa? Kerana dengan itu, kaum Allah Musa alaihi salam tidak akan berebut untuk mendapatkan air tersebut. Itulah nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada umat baginda, akan tetapi umatnya tetap ingkar kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang berbunyi :

Begitu juga kenikmatan yang dikurnikan oleh Allah s.w.t kepada umat nabi Allah Musa alaihi salam tetapi mereka tetap juga mengingkari dakwah baginda , firman Allah s.w.t :




Dengan kenikmatan yang Allah s.w.t kurniakan itu menyebabkan kaumnya mengkufuri nikmat tersebut, maka mereka merencanakan untuk mengambil batu tersebut. Maka dengan kuasa Allah s.w.t, batu itu tidaklah terangkat walaupun mereka telah menggunakan apa2 alatan untuk mengangkatnya.



Kawasan yang dikatakan perjalanan nabi Allah Musa sebelum ke mata air..




20 February 2010

Kursus Bahasa Al-Quran Di ITQANS

Tarikh : 4hb - 6hb Disember 2009
Tempat : Dewan Besar Itqan

Asalamualikum kepada sahabat - sahabat sekelian. Semoga anda semua sihat hendaknya. Pada 4 - 6 Disember yang lepas, KEMBAQ AHMADI telah menjalankan program Kursus Bahasa Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan selama 3 hari bermula pada hari jumaat hingga ahad. KEMBAQ merasa bangga kerana dapat menjalankan program di sekolah yang cemerlang dan penuh dengan keberkatan penuntut - penuntut yang mempelajari agama dan menghafal al-quran ayat suci Allah. Untuk program kali ini, ianya disertai oleh pelajar ITQAN tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Bilangan semua peserta ialah sebanyak 96 orang sahaja. Fasilitator yang hadir untuk membantu pula hanya 9 orang dan dikalangan fasilitator lelaki sahaja. Program kali ini bermatlamat untuk memberi kehafaman dan minat pelajar ITQAN untuk mempelajari Bahasa Al-Quran. Hal ini kerana mereka semua adalah orang - orang yang mendampingi Al-Quran. Selain itu, matlamat KEMBAQ juga untuk membolehkan mereka memahami Al-Quran walaupun tanpa mempelajari qawaid. Pada permulaaan program seperti biasa Ayahanda memberikan semangat dan motivasi kepada peserta. Selepas itu, Ayahanda terus mendedahkan peserta pembelajaran sebenar modul KEMBAQ. Bemula dengan dhomir sehinggalah idofah pada waktu malam. Pada keesokannya iaitu sabtu, peserta telah mempelajari feal mudhori' dan terus bersambung pembelajaran dengan bina' Al-jumlah pada waktu malam. Pada hari ahad, peserta mempelajari feal madi.Sepanjang program ini dijalankan, peserta menunjukkan semangat yang tinggi. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan peserta menyatakan pendapat bahawa program ini menarik.

04 January 2010

PROGRAM SKOR A BAHASA ARAB KOMUNIKASI PMR 2010


Tarikh : 20 - 25 November 2009

Tempat : Maahad Ahmadi E'dadi


Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 20 -25 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar PMR Maahad Ahmadi 2010. Untuk pengetahuan semua, program ini merupakan program KEMBAQ yang ke-3 dibawah Fasilitator lepasan STAM 2009 selepas kejayaan besar Fasilitator lepasan STAM 2008 membawa KEMBAQ terus maju kehadapan. Objektif diadakan program ini ialah bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar E'dadi 2 2009 cara-cara ataupun kaedah untuk mudah menjawab soalan PMR. Selain itu, program ini juga menjurus kepada latih tubi supaya pelajar lebih mahir untuk menulis bahasa arab untuk persediaan peperiksaan. Seramai 17 orang fasilitator telah terlibat untuk proram kali untuk mmembantu melicinkan lagi program ini. Program ini juga dibuka untuk peserta luar yang berminat untuk menyertainya. Seramai 5 orang peserta dari luar telah menyertai program KEMBAQ ini. Pada awalnya, peluang yang dibuka untuk peserta luar adalah banyak akan tetapi tempat yang terhad untuk program ini menjadikan peluang yang dibuka terpaksa dihadkan. Selama 6 hari program ini berjalan, ianya berjalan dengan lancar. Peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Di dalam program ini, peserta telah ditekankan kepada cara untuk memahami teks, mengeluarkan isi penting dari insya'. Selain itu, peserta juga dilatih membina ayat berpandukan gambar, menterjemahkan ayat ke melayu dan melayu ke arabUntuk kuliah subuh, Ayahanda mengajar peserta cara menterjemah ayat menggunakan modul KEMBAQ disamping memahami maksud ayat. Program ini berakhir pada hari Rabu dan semua peserta telah berpuas hati dengan proram ini.

03 January 2010

Mukhayyam Al-Muhadasah bil-Lughotul Al-Arobiah E'dadi 1 2009




Tarikh : 9 - 15 November 2009





Tempat : Dewan Maahad Ahmadi,


Stesen Lapangan Biologi UPM



Assalamualaikum Kepada Semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, semoga anda semua sihat hendaknya. Insyaallah KEMBAQ Maahad Ahmadi ingin melaporkan aktiviti kami yang seterusnya iaitu Mukhaiyam Al-Muhadasah bil-lughotul Al-Arobiah untuk pelajar E,dadi 1 2009. Program ini susulan dari Mukhayyam E'dadi 2. Seramai 124 orang peserta telah menyertai program ini bersama 18 orang fasilitator dari kalangan pelajar Stam. Pada mulanya, program ini dijalankan oleh di Dewan Maahad Ahmadi dan pada 13 hingga 15 November, ianya dijalankan di stesen lapangan biologi UPM di teluk kemang. Tujuan kami memilih kawasan ini lagi kerana faktor sewa yang murah dan tempat ini sesuai untuk menjalankan aktiviti kerana berhampiran dengan pantai. Ketika program ini dijalankan di dewan besar Maahad ahmadi, peserta didedahkan dengan modul-modul KEMBAQ tahap pertama. Sebenarnya, mereka telah melalui progranm ini pada awal tahun akan tetapi ianya diulang kembali untuk mengigatkan semula peserta. Seperi biasa ianya dimulakan dengan domir, seterusnya sehingga musanna dan jama'. Sepanjang program ini dijalankan di Dewan Ibnu Sina, peserta menunjukkan kotmitmen yang tinggi. Untuk program kali ini, fasilitator kebanyakannya telah mengambil slot-slot tertentu kerana kesibukan Ayahanda dengan program-program yang lain. Alhamdulillah, fasilitator berjaya untuk membimbing para peserta dengan jayanya. Untuk program kali ini juga, para peserta dilatih dari segi penulisan dan percakapan. Aspek ini telah diambil berat kerana kelemahan yang amat nyata dari para peserta. Setelah 5 hari mereka bertungkus lumus dilatih, mereka telah dibawa ke teluk kemang untuk melegakan tekanan selama 5 hari. Di teluk kemang, program dijalankan dengan lebih santai, akan tetapi ada juga aktiviti yang banyak dijalankan. Antaranya, Muhadasah dalam bahasa arab serta permainan dalam bahasa arab . Seperti program untuk E'dadi 2, kami juga trlah memilih untuk memasak sendiri. Perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana ianya melatih fasilitator mengendalikan program. Pada program ini juga, bilangan peserta tidaklah ramai sepeerti 5 hari yang pertama kerana masalah kebenaran ibu dan bapa. Hanya 94 peserta sahaja yang meyertai program ini bersma 13 orang fasilitator dan seorang guru pengiring iaitu ayahanda sendiri. walaupun keseorangan, ayahanda tetap tabah meneruskan program. Syukur kepada tuhan kerana program ini telah dilaksananakan dengan jayanya walaupun hujan turut dengan lebatnya. Ucapan tahniah kepada para peserta kerana telah melalui program ini dengan jayanya....Sekian...Wassalam











Mukhayyam Al-Muhadasah bil-lughotul Al-Arobiah E'dadi 2 2009

Tarikh : 2 - 5 November 2009

Tempat : Tapak Kajian Biologi Marin Universiti Putra
Malaysia, Teluk Kemang

Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat yang dirahmati Allahsekalian...kali ini KEMBAQ Maahad Ahmadi akan melaporkan aktiviti KEMBAQ yang terbaru. Pertamanya, kami memohon maaf kepada sahabat-sahabat sekalian kerana sudah sekian lama kami tidak melaporkan aktiviti kami. Hal ini demikian kerana timbulnya masalah yang tidak dapat dielakkan. Pada 2 - 5 November yang lepas bersamaan hari Jumaat hingga Ahad, KEMBAQ telah mengadakan Mukhayyam Al-Muhadasah bil-lughotul Al-Arobiah untuk pelajar E'dadi 2 2009. Proram ini bertujuan untuk melatih pelajar E'dadi 2 supaya mahir bertutur dalam bahasa arab. Seramai 125 orang peserta telah menyertai program ini bersama 18 orang fasilitator diiringi 3 orang guru pengiring.Selama kami disana,kami telah berkhemah untuk menjadikan program ini lebih menarikdisamping ianay berhampirn dengan laut. Banyak aktiviti yang kami lakukan, antaranya aktiviti muhadasah. pada mulanya kami pisahkan antara lelaki dan perempuan. Selepas itu, kami gabungkan lelaki dan perempuan berpasangan supaya mereka lebih mahir bertutur dalam bahasa arab.aktiviti lain adalah bersiar-siar di pantai akan tetapi mesti membuat aktiviti bahasa arab Selama kami disana juga, kami tidaklah hanya bersenang lenang. Hal ini kerana, kami memilih untuk memasak sendiri. Para fasilitator terpaksa bekerja keras untuk memasak kerana kuantiti peserta yang ramai dan bilangan fasilitator yang sedikit. Oleh yang demikian, kami dibahagikan kepada beberapa tugas untuk melincirkan lagi perjalanan program kami . guru - guru pengirang turut membantu untuk menyediakan makanan. disebabkan kami bukanlah tukang masak profesional, makanan yang disediakan sering lewat disediakan. Walaubagaimanapun, peserta tetap tabah menunggu. Para peserta juga diuji dengan pelbagai dugaan apabila hari pertama hujan turun dengan lebatnya menyebabkan khemah peserta dimasuki air. Oleh yang demikian, peserta lelaki terpakasa tidur di astaka dan peserta perempuan didalam chalet. Program kami juga diserikan lagi dengan kehadiran Cikgu Mohamad Aspari yang telah memberikan semangat kepada para peserta. Kami juga sangat berterima kasih kepada peserta yang telah memberikan kotmitmen yang tinggi sepanjang program ini dijalankan walaupun banyak dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Kami berharap juga agar pelajar E'dadi 2 akan terus berjaya khususnya dalam pmr sesi 2010. Sekian dari kami ....................ila liqa'






















Related Posts with Thumbnails

Iklan


Assalamualaikum wrh brkth.. Kepada sesiapa yang ingin berbual bersama kami dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat, sertai kami di aplikasi dibawah ini tanpa perlu (sign in) di Yahoo Messenger.. cuma perlu isi nama dan berbual bersama kami.. sekian wasalam..

CHATBOX