Tempat : Sek. Men.Agama Pelangai,Pahang
Tarikh : 8-9 April 2011
السلام معليكم.... PAda 8-10 April yang lepas, KEMBAQ Maahad Ahmadi telah mengadakan Kursus Bahasa Arab di S.M.A , Seremban. Pada program kali ini telah men
Segalanya Bermula Disini
Apa itu “KEMBAQ” ?KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.
Objektif KEMBAQ

tuk mmembantu melicinkan lagi program ini. Program ini juga dibuka untuk fasilitator tingkatan 4 yang berminat untuk menyertainya. Pada awalnya, peluang yang dibuka untuk peserta luar adalah banyak akan tetapi tempat yang terhad untuk program ini menjadikan peluang yang dibuka terpaksa dihadkan. Selama 8 hari program ini berjalan, ianya berjalan dengan lancar. Peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang program ini dijalankan. Di dalam program ini, peserta telah ditekankan penggunaan domir yang betul.Untuk kuliah subuh, Ayahanda memberi tazkirah kepada peserta dan peserte dibahagikan dalam kumpulan dan mereka diberi arahan supaya memberi tazkirah dalam bahasa ar
ab selama 5 minit. Program ini berakhir pada hari Selasa dan semua peserta telah berpuas hati dengan proram ini.

Antara pengisian program ini ialah muhadasah (perbualan) dalam bahasa Arab iaitu melatih pelajar mahir bertutur dan tidak sekadar menulis. Selain itu, bacaan madaih (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan diterangkan makna madaih tersebut supaya para peserta dapat memahami isi kandungan madaih tersebut. Selain itu, kami juga turut mengadakan program kerohanian seperti tazkirah subuh, tazkirah maghrib, dan lain-lain. Tambahan pula, pengisian yang paling penting dalam program ini ialah latih tubi dalam penulisan di mana para peserta dilatih untuk mahir dalam membuat insya’ (karangan dalam bahasa Arab). Selain itu, kawad dhamair adalah antara kaedah yang mudah untuk menghafal dhamair selain daripada nyanyian.
Di dalam program ini, para peserta telah didedahkan tentang pengguanaan dhamir, isim isyarah, idhafah, fi’il madhi dan mudhari’ dan selainnya. Harapan kami pada program adalah para peserta dapat memantapkan diri dalam penggunaan bahasa Arab dan cinta untuk menggunakan bahasa al-Quran ini. Insya-Allah.
.
Copyright © 2010 KEMAHIRAN BAHASA AL-QURAN All rights reserved.
Designed by Paddsolutions. Converted To Blogger Template by Anshul.
Blog Archive