Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 20 -25 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar PMR Maahad Ahmadi 2010. Untuk pengetahuan semua, program ini
Followers
Apa itu “KEMBAQ” ?KEMBAQ adalah kata singkat dari “Kemahiran Bahasa Al Quran”. Ia adalah satu program Perkhemahan Bahasa Arab atau mempelajari Bahasa Arab secara intensif berpandukan pendekatan Modulnya yang tersendiri. Bahasa Arab adalah Bahasa Nabi dan Bahasa Al Quraan yang tidak asing dalam pendidikan di sekolah sekolah Agama mahupun di sekolah sekolah kebangsaan. Rata rata dikalangan pelajar mengatakan bahawa bahasa ini sukar untuk dikuasai, maka ramai dikalangan pelajar menarik diri dari terus untuk mempelajari bahasa ini selepas SPM. Untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bahasa Arab dan peluang masa depan pelajar yang menguasai bahasa ini, adalah wajar KEMBAQ (Kemahiran Bahasa Al-Quran) menganjurkan program ini disamping meningkatkan kualiti syaksiah pelajar dalam akademik bahasa.
Objektif KEMBAQ
- Peserta merasakan Bahasa Al Quran itu boleh dikuasai dan mudah.
- Menambah minat peserta dan berasa seronok mempelajari Bahasa Al Quran disamping menambah kualiti dalaman sebagai insan soleh dan solehah.
- Mampu meningkatkan pemahaman teks teks hadis, ayat al Quran dan Bahasa Arab.
- Peserta mampu berintraksi dan berbual dalam Bahasa Arab bersama rakan peserta dan orang lain.
- Peserta mampu meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STAM.
- Peserta mampu menjadi egen yang menyumbang untuk memartabatkan Bahasa Al Quran di mana juga mereka berada.
04 January 2010
Assalamualaikum kepada sahabat - sahabat sekalian. Alhamdulillah pada hari ini masih lagi dapat kita bertemu diruang siber ini. Kali ini, KEMBAQ ingin melaporkan aktiviti yang seterusnya. Pada 20 -25 Disember yang lalu, KEMBAQ telah menjalankan satu program khusus untuk pelajar PMR Maahad Ahmadi 2010. Untuk pengetahuan semua, program ini
03 January 2010
Tempat : Dewan Maahad Ahmadi,
Stesen Lapangan Biologi UPM
Assalamualaikum Kepada Semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, semoga anda semua sihat hendaknya. Insyaallah KEMBAQ Maahad Ahmadi ingin melaporkan aktiviti kami yang seterusnya iaitu Mukhaiyam Al-Muhadasah bil-lughotul Al-Arobiah untuk pelajar E,dadi 1 2009. Program ini susulan dari Mukhayyam E'dadi 2. Seramai 124 orang peserta telah menyertai program ini bersama 18 orang fasilitator dari kalangan pelajar Stam. Pada mulanya, program ini dijalankan oleh di Dewan Maahad Ahmadi dan pada 13 hingga 15 November, ianya dijalankan di stesen lapangan biologi UPM di teluk kemang. Tujuan kami memilih kawasan ini lagi kerana faktor sewa yang murah dan tempat ini sesuai untuk menjalankan aktiviti kerana berhampiran dengan pantai. Ketika program ini dijalankan di dewan besar Maahad ahmadi, p
eserta didedahkan dengan modul-modul KEMBAQ tahap pertama. Sebenarnya, mereka telah melalui progranm ini pada awal tahun akan tetapi ianya diulang kembali untuk mengigatkan semula peserta. Seperi biasa ianya dimulakan dengan domir, seterusnya sehingga musanna dan jama'. Sepanjang program ini dijalankan di Dewan Ibnu Sina, peserta menunjukkan kotmitmen yang tinggi. Untuk program kali ini, fasilitator kebanyakannya telah mengambil slot-slot tertentu kerana kesibukan Ayahanda dengan program-program yang lain. Alhamdulillah, fasilitator berjaya untuk membimbing para peserta dengan jayanya. Untuk program
kali ini juga, para peserta dilatih dari segi penulisan dan percakapan. Aspek ini telah diambil berat kerana kelemahan yang amat nyata dari para peserta. Setelah 5 hari mereka bertungkus lumus dilatih, mereka telah dibawa ke teluk kemang untuk melegakan tekanan selama 5 hari. Di teluk kemang, program dijalankan dengan lebih santai, akan tetapi ada juga aktiviti yang banyak dijalankan. Antaranya, Muhadasah dalam bahasa arab serta permainan dala
m bahasa arab . Seperti program untuk E'dadi 2, kami juga trlah memilih untuk memasak sendiri. Perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang positif kerana ianya melatih fasilitator mengendalikan program. Pada program ini juga, bilangan peserta tidaklah ramai sepeerti 5 hari yang pertama kerana masalah kebenaran ibu dan bapa. Hanya 94 peserta sahaja yang meyertai program ini bersma 13 orang fasilitator dan seorang guru pengiring iaitu ayahanda sendiri. walaupun keseorangan, ayahanda tetap tabah meneruskan program. Syukur kepada tuhan kerana program ini telah dilaksananakan dengan jayanya walaupun hujan turut dengan lebatnya. Ucapan tahniah kepada para peserta kerana telah melalui program ini dengan jayanya....Sekian...Wassalam
Tempat : Tapak Kajian Biologi Marin Universiti Putra
nyediakan makanan. disebabkan kami bukanlah tukang masak profesional, makanan yang disediakan sering lewat disediakan. Walaubagaimanapun, peserta tetap tabah menunggu. Para peserta juga diuji dengan pelbagai dugaan apabila hari pertama hujan turun dengan lebatnya menyebabkan khemah peserta dimasuki air. Oleh yang demikian, peserta lelaki terpakasa tidur di astaka dan peserta perempuan didalam chalet. Program kami juga diserikan lagi dengan kehadiran Cikgu Mohamad Aspari yang telah memberikan semangat kepada para peserta. Kami juga sangat berterima kasih kepada peserta yang telah memberikan kotmitmen yang tinggi sepanjang program ini dijalankan walaupun banyak dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Kami berharap juga agar pelajar E'dadi 2 akan terus berjaya khususnya dalam pmr sesi 2010. Sekian dari kami ....................ila liqa'24 September 2009

Assalammualaikum dan salam Aidil Fitri kepade semuae umat Islam di Malaysia khususnye warge Maahad Ahmadi dan di khususkan lagi kepade sesiape yang berkaitan dengan KEMBAQ. Ana sebagai fasilitator sesi 08/09 terase terharu pabila menyambut Aidil Fitri di bumi yang di gelar "ardu kinanah" ini..... Ketika menunaikan solat sunat Aidil ftri di atas tar "suk sayyarot" (pasar kereta), saya terkenangkan Malaysia yang nun jauh entah beribu batu..... Air mata mula bertitisan namun ana mengesatnye sebelum i
a jatuh ke bumi... selesai solat sunat aidil fitri, ana duduk untuk mendegar khutbah Aidil Fitri. Ana cube untuk memahami ape yang di sampaikan oleh khatib tersebut namun disebabkan tidak faham khutbah tersebut fikiran terus melayang terkenangkan keluarga, guru-guru serta sahabat handai yang berad
a jauh dari mata. Tapi ana bersa sungguh bersyukur kerana dapat menyambut Aidil Fitri di bumi anbiya' ini..Buat warga Maahad Ahmadi dan KEMBAQ, ana selaku setiausaha KEMBAQ sesi 08/09 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.... Semoga segala kesalahn ana ketika berkhidmat di bawah KEMBAQ dapat di ampunkan,,,,, Doakan ana berjaya di sini serta cepat balik untuk berkhidmat kembali imsya'Allah... Semoga KEMBAQ maju selamanya....
Salam Perantauan
03 August 2009



Kenangan 29hb & 30hb July 2009 memang tidak dapat kami lupakan iaitu bersama-sama pelajar Maghribi (moroccan). Seramai 14 jamaah daripada Maghribi daripada umur dalam lingkungan 13 tahun sehinggalah kepada lepasan Doktor PHD datang menziarahi Malaysia selama seminggu. Majlis Belia Malaysia iaitu M.A.Y.C mengadakan program HOMESTAY bersama keluarga-keluarga angkat di bukit Rokan, Negeri Sembilan. Kelab Persatuan daripada Maahad Ahmadi iaitu Kemahiran Bahasa Al-Quran (KEMBAQ) turut dipanggil bersama-sama dalam program tersebut sebagai jurubahasa. Homestay tersebut sepatutnya dilaksanakan selama 3 hari, namun terdapat masalah-masalah tertentu menyebabkan jamaah tersebut tidak dapat lama di kampung Bukit Rokan tersebut. Tetapi walau apa pun, kami berpuas hati dengan kedatangan beliau.
Faedah yang kami perolehi daripada program tersebut iailah dapat melatih kemahiran bertutur dalam bahasa Arab sebagai persediaan untuk belajar ke Mesir insya Allah, kami juga berpeluang belajar dengan pelajar Maghribi tersebut bahasa Pasar Maghribi (لغة العامية المغربية) dan mengajar juga kepada mereka Bahasa Malaysia. Selain itu kami dapat memberi ilmu kepada mereka tentang adat dan budaya orang melayu di Malaysia. Itu sahaja yang dapat kami paparkan sekian WALLAHU A'LAM...




15 July 2009
TEMPAT:MASJID SULTAN ABDUL SAMAD ,SEPANG
SEKOLAH:SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG
PESERTA:pelajar tingkatn 1 ,2 dan 3(151 org pelajar)
asslamualaikum.........kali ini kembaq bertukar arah ke barat iaitu ke masjid sultan abdul samad di KLIA...bersama dengan pelajar tingkatan 1 ,2 dan 3 daripada sekolah menengah kebangsaan bandar baru salak tinggi ,sepang..Pertama sekali kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengikuti mukhayyam ini dengan jayanya serta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang daurah ini diadakan..
jutaan terima kasih kami rakamkan kepada pihak SMKBBST terutamanya kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan daurah ini...tidak lupa juga kepada urusetia yang setia berkhidmat bagi memastikan daurah berjalan dengan lancarnye...
di samaping itu para peserta dapat memahami apa yang telah disampaikan dan diharapkan kepada semua yang terlibat mendapat manfaat daripada daurah ini...INSYAALLAH.......
SEKIAN ..TERIMA KASIH..








Blog Archive